PENGENALAN

Sijil Pengajian Bahasa Arab (SPBA) ditawarkan oleh Andalus untuk peserta dewasa. Ianya merangkumi pelbagai ilmu-ilmu asas bahasa Arab. Fokus utama pengajian ialah membangun empat kemahiran bahasa iaitu pertuturan, pendengaran, bacaan dan kefahaman di peringkat yang paling asas. Pengajian ini sesuai untuk peserta yang tidak pernah mengikuti pengajian bahasa Arab atau telah mengikutinya, tetapi belum berupaya menguasai kemahiran-kemahiran asas bahasa tersebut. Dengan mengikuti pengajian ini dapat membantu peserta ke arah menguasai bahasa tersebut untuk tujuan mendalami pengajian Islam.

Syarat-Syarat Kemasukan :

  • Berusia tidak kurang dari 17 tahun.

  • Mengenal huruf hijaiyah dan pernah belajar mengaji atau mengikuti kursus Iqra'.

Yuran Pengajian :

  • Pendaftaran $52​

  • Bulanan $83

  • Yuran tidak termasuk buku dan nota tambahan.

Musim Pengajian

SEMESTER 1 (6 Bulan)

Penggal 1 : Jan - Mac (13 Minggu)

  • Pengajian : 10 minggu

  • Cuti (Mac) : 1 minggu

  • Peperiksaan (Mac) : 2 minggu

Penggal 2 : Apr -Jun (13 Minggu)

  • Pengajian  : 10 minggu

  • Cuti  : 1 minggu

  • Peperiksaan  : 2 minggu

SEMESTER 2 (6 Bulan)

Penggal 3 : Jul - Sep (13 Minggu)

  • Pengajian : 10 minggu

  • Cuti (Mac) : 1 minggu

  • Peperiksaan (Mac) : 2 minggu

Penggal 4 : Okt - Dis (13 Minggu)

  • Pengajian  : 10 minggu

  • Cuti  : 1 minggu

  • Peperiksaan  : 2 minggu

Modul Pengajian

Sijil Pengajian Bahasa Arab Andalus (SPBA-A) dilaksanakan secara separuh masa selama 2 tahun. Peserta harus menamatkan 16 modul (mendapat 48 jam kredit) dalam tempoh masa yang ditetapkan untuk berjaya dalam pengajian. Di samping itu pengajian ini juga dibuka untuk peserta yang ingin mengikuti pengajian secara odit.

 

Modul-modul pengajian seperi berikut :

  • Bahasa Arab Pertuturan I, II & III

  • Qira'ah Wal Kitabah I, II & III

  • Budaya Arab & Bahasa Dialek

  • Al-Isti’ab I (Kefahaman)

  • Ilmu Nahu I & II

  • Ilmu Saraf I & II

  • Bahasa Klasikal & Modern

  • Bahasa Arab Al-Qur’an

  • Insya’ I & II

Penilaian & Sijil

Sistem Penilaian

Penilaian dijalankan secara berterusan dan diakhir setiap penggal. Tujuan penilaian berterusan ialah untuk membolehkan peserta dan pensyarah menilai kebolehan dan pencapaian seseorang peserta dari masa ke semasa supaya peserta dan pensyarah dapat mengambil tindakan yang sewajarnya.

Penganugerahan Sijil

Sijil Pengajian Bahasa Arab akan dianugerahkan mengikut kelas-kelas yang berdasarkan kepada Purata Timbunan Mata Nilaian Gred yang terkumpul selepas pengajian ditamatkan. 

Buat masa ini program SPBA diadakan di cawangan Bukit Batok 1 dan Teck Whye. Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran sila hubungi cawangan pada waktu pejabat Isnin – Ahad jam 9.00 pg – 5.00 ptg (Jumaat tutup).

Bukit Batok 1 : 6569 7391

Teck Whye : 6760 0612

Lihat juga:

 Syarikat Kerabat 

Darul Andalus Logo.png
al-zuhri logo2.jpg
Cordova Logo.png

Langgani kami

  • Facebook
  • YouTube
  • Instagram

Hakcipta - © Andalus Corporation Singapore 2020

LOGO ANDALUS.png

Rakan Anda Sepanjang Hayat