PENDAHULUAN
Program ini bertujuan menyediakan pendidikan asas ugama Islam kepada kanak-kanak yang berumur antara 5 dan 6 tahun sebelum memasuki alam persekolahan. Pelajar-pelajar diajar membaca dan menulis dengan perantaraan pendidikan asas Islam supaya mereka secara tidak langsung mendapat pengetahuan tersebut untuk diamalkan dalam kehidupan mereka.

Matlamat Program

Matlamat program ini adalah untuk memberi para pelajar pendidikan asas ugama Islam. Secara khususnya para pelajar yang mengikuti program ini dapat:

  • Kenal kalimah-kalimah arab yang mudah

  • Memahami perkara-perkara yang asas dalam ilmu-ilmu teras agama Islam

  • Melaksanakan asas solat yang mudah

  • Menghayati dan mengamalkan apa yang mereka pelajari dalam kehidupan seharian

Tempoh dan Masa Pembelajaran

Program ini berjalan selama dua tahun iaitu KBPS 1 bagi kanak-kanak berumur 5 tahun dan KBPS 2 bagi kanak-kanak berumur 6 tahun. Ia dijalankan seminggu sekali selama 2 jam 15 minit bagi setiap sesi. Matapelajaran diajar dalam beberapa tempoh tertentu sebagaimana di bawah.

Mata pelajaran

  • Siri Buku Pendidikan Islam Sepadu Prasekolah

    • Jaluran Aqidah dan Akhlak

    • Jaluran Intelektual dan Jasmani

    • Jaluran Perhubungan dan Kehidupan

    • Jaluran Alam Sekitar dan Aktiviti Ulangkaji

  • Al-Lughah Al-Arabiyyah li Al-Athfal wal Iqra’ 1 & 2​

  • Solat Peringkat Asas

Jaluran Kelas KBPS

Kanak-kanak akan menghabiskan masa selama sekurang-kurangnya 2 tahun dalam aliran KBPS sebelum masuk program Kelas Bimbingan Kanak-Kanak (KBK).

Yuran

Yuran pendaftaran bagi kursus ini adalah sebanyak $12.00. Manakala yuran bulanan adalah sebanyak $50.00 sebulan.

Yuran tidak termasuk buku dan nota tambahan..

Lihat juga:

 Syarikat Kerabat 

Darul Andalus Logo.png
al-zuhri logo2.jpg
Cordova Logo.png

Langgani kami

  • Facebook
  • YouTube
  • Instagram

Hakcipta - © Andalus Corporation Singapore 2020

LOGO ANDALUS.png

Rakan Anda Sepanjang Hayat