PENGENALAN

Program Pra Diploma Pengajian Islam Andalus (PPI) adalah pengajian Islam separuh masa bagi peringkat asas yang merangkumi pelbagai disiplin ilmu-ilmu teras Agama. PPI menawarkan sistem pengajian yang menekankan aspek aplikasi dan kefahaman berdasarkan keadaan dan kehidupan semasa.

 

PPI bertujuan membuka ruang kepada mereka yang tidak berkesempatan untuk mendapatkan pendidikan asas agama peringkat menengah secara formal untuk memperkukuhkan pengetahuan mereka dalam bidang tersebut serta melanjutkan pengajian Islam ke peringkat yang lebih tinggi. Dengan ini mereka berpeluang untuk mendalami dan meluaskan pemikiran serta kefahaman Islam sejajar dengan keperluan dan cabaran semasa.

Natijah Pengajian

Berilmu

Menguasai ilmu-ilmu teras, memahami konsep kesepaduan dalam ilmu serta dapat menghubung-kaitkan (duniawi dan ukhrawi) dengan kehidupan seharian

Memahami Maqasid Syariah, mempunyai tasawwur Islam yang jelas dan mampu mengaplikasikannya sesuai dengan konteks semasa


Beriman Beramal dan Bertaqwa

Mempunyai akhlak yang terpuji dan berupaya meletakkan sesuatu pada tempatnya (beradab).

Berpegang teguh pada Al-Quran dan Al-Sunnah dalam kehidupan seharian dan memiliki keyakinan yang mendalam terhadap Islam sebagai agama rahmat bagi sekelian alam.

Syarat-Syarat Kemasukan :

  • Program ini dibuka kepada semua yang berusia 17 tahun ke atas.

  • Peserta tidak perlu mempunyai latarbelakang pendidikan agama peringkat tinggi yang formal untuk menyertai program ini.

  • Peserta hanya perlu mempunyai asas latarbelakang pengetahuan agama sekurang-kurangnya tahap darjah 6 madrasah masjid (separuh masa).

  • Bagi mereka yang belum mempunyai asas pengajian Islam disarankan untuk menduduki program Kelas Bimbingan Dewasa - KBD

 

Yuran Pengajian :

  • Pendaftaran $52

  • Bulanan $83

  • Yuran tidak termasuk buku dan nota tambahan.

Musim Pengajian

Program akan diadakan secara bermodul selama 2 tahun. Setiap modul mengambil masa selama 12 minggu. Pembelajaran berlangsung seminggu sekali dalam masa 3 jam.

Semester 1 (6 Bulan)

Penggal 1 : Jan - Mac (13 Minggu)

  • Minggu Pengajian : 12 minggu

  • Modul 1 : 6 minggu

  • Modul 2 : 6 minggu

  • Cuti : 1 minggu

Penggal 2 : Apr -Jun (13 Minggu)

  • Minggu Pengajian : 12 minggu

  • Modul 1 : 6 minggu

  • Modul 2 : 6 minggu

  • Cuti : 1 minggu

Semester 2 (6 Bulan)

Penggal 3 : Jul - Sep (13 Minggu)

  • Minggu Pengajian : 12 minggu

  • Modul 1 : 6 minggu

  • Modul 2 : 6 minggu

  • Cuti : 1 minggu

Penggal 4 : Okt - Dis (13 Minggu)

  • Minggu Pengajian : 12 minggu

  • Modul 1 : 6 minggu

  • Modul 2 : 6 minggu

  • Cuti : 1 minggu

Terdapat dua modul yang akan digantikan dengan sesi Kuliah dalam setahun.

Silibus Pengajian

Buku Rujukan

Buku yang akan digunakan bagi program ini ialah Buku Teks Andalus KBM 1 hingga 4 dan beberapa buku yang disarankan sebagai bacaan tambahan untuk peserta. Buku boleh didapatkan di shop.darulandalus.com

Penilaian & Sijil

Sistem Penilaian

Tiada peperiksaan sepanjang pengajian. Peserta akan dinilai berdasarkan kehadiran serta penyertaan di dalam kelas dan Kuliah PPI.

Penganugerahan Sijil

Peserta akan dianugerahkan sijil penyertaan jika berjaya memenuhi syarat-syarat berikut : 

  1. Menamatkan 16 modul dalam jangkamasa tidak lebih dari 3 tahun. 

  2. Memenuhi 80% kadar kehadiran bagi setiap modul.

  3. Mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh Lembaga Pengarah. 

  4. Pengesahan dari Jabatan Akademik. 

  5. Telah melunaskan yuran.

 Syarikat Kerabat 

Darul Andalus Logo.png
al-zuhri logo2.jpg
Cordova Logo.png

Langgani kami

  • Facebook
  • YouTube
  • Instagram

Hakcipta - © Andalus Corporation Singapore 2020

LOGO ANDALUS.png

Rakan Anda Sepanjang Hayat