PENDAHULUAN
Program ini disusun agar para pelajar membuat persiapan untuk memasuki program Kelas Bimbingan Prasekolah (KBPS). Kurikulum yang disediakan untuk mereka ringan dan mudah agar mereka dapat berjinak-jinak dengan ajaran Islam dan menerapkan minat serta cinta pada agama Islam.

Matlamat Program

  • Mempertingkatkan kemahiran menulis

  • Mengenal huruf–huruf Al-Quran

  • ​Menghafal doa-doa harian dan menjadikannya amalan harian

  • Menghafal surah-surah pilihan

  • Melaksanakan asas solat yang mudah

  • Mengetahui asas Bahasa Arab

Tempoh dan Masa Pembelajaran

Program ini dijalankan selama setahun untuk pelajar yang berumur antara 4 dan 5 tahun. Ia dijalankan seminggu sekali selama 2 jam 15 minit bagi setiap sesi. Matapelajaran diajar dalam beberapa tempoh tertentu sebagaimana di bawah.

Mata pelajaran

  • Siri Buku Pendidikan Islam Sepadu Prasekolah

    • Jaluran Aqidah dan Akhlak

    • Jaluran Intelektual dan Jasmani

    • Jaluran Perhubungan dan Kehidupan

    • Jaluran Alam Sekitar dan Aktiviti Ulangkaji

  • Al-Lughah Al-Arabiyyah li Al-Athfal wal Iqra’ 1 & 2​

  • Solat Peringkat Asas

Jaluran Kelas KBN

Kanak-kanak menghabiskan masa sekurang-kurangnya setahun dalam program KBN sebelum masuk ke program Kelas Bimbingan Prasekolah (KBPS). Seterusnya mereka boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat rendah, Kelas Bimbingan Kanak-Kanak (KBK), semasa berumur 7 tahun.

Yuran

Yuran pendaftaran bagi kursus ini adalah sebanyak $12.00. Manakala yuran bulanan adalah sebanyak $50.00 sebulan.

Yuran tidak termasuk buku dan nota tambahan..

Lihat juga:

 Syarikat Kerabat 

Darul Andalus Logo.png
al-zuhri logo2.jpg
Cordova Logo.png

Langgani kami

  • Facebook
  • YouTube
  • Instagram

Hakcipta - © Andalus Corporation Singapore 2020

LOGO ANDALUS.png

Rakan Anda Sepanjang Hayat