PEMBERITAHUAN

Assalamu’alaikum wr. Wb.

 

Penduduk Singapura diberitahu oleh pemerintah pada 15 Jun bahawa kelonggaran pemutus litar (circuit breaker) Covid-19 Fasa II, berkuatkuasa pada 19 Jun 2020. Sehubungan dengan ini, pelbagai institusi pendidikan swasta termasuk Al-Zuhri, Andalus dan Cordova dibenarkan beroperasi secara fisikal bermula tarikh tersebut. Pada masa yang sama, protokol Covid-19 mengekang penularan wajib dipastikan  seperti Safe Entry, Safe Distancing dan semakan kesihatan setiap pengunjung.  Mengambil kira pelbagai faktor dan persiapan lengkap ehwal berkenaan, berikut adalah maklumat terkini untuk rujukan warga kerja, waris, pelajar dan masyarakat umum. 

 

Pengajian Ugama Secara Maya (Virtual Classroom) 

Pengajian ugama secara maya (virtual classroom) mengikut jadual terkini masih diteruskan untuk bulan Jun dan Jul.  Manakala status mutakhir ehwal pengajian ugama secara fisikal akan diberitahu sebelum akhir bulan Jul. Pengurusan sedang menimbang pelbagai faktor secara teliti dan komprehensif serta membuat persiapan secukupnya untuk memastikan kemaslahatan pelajar, waris dan warga kerja terjamin. Juga protokol Covid-19 dan garispandu pihak berwajib perlu difahami dan dipatuhi sebaik mungkin.  Kami sedang terokai pelbagai pendekatan berkaitan technology facilitated learning, blended learning, dsb yang sesuai untuk pelbagai tahap umur (age appropriate) iaitu pra-sekolah, rendah, menengah, pos menengah, ijazah dan pasca ijazah. Juga, setiap inisiatif perlu sesuai dengan kaedah dan matlamat pengajian ugama.     

 

Pengurusan Pejabat dan Cawangan 

Kerja-kerja pembersihan, semakan fasiliti dan peralatan serta baik-pulih cawangan-cawangan akan dilakukan oleh warga kerja dan kontraktor terlibat dalam tempoh 19 – 28 Jun. Ini amat perlu kerana operasi secara fisikal pejabat dan cawangan telah ditutup hampir tiga bulan akibat kawalan penularan Covid-19, sejak akhir Mac tahun ini. Operasi pejabat akan berfungsi secara fisikal bermula 29 Jun. Pada masa yang sama, usaha gigih sedang dibuat agar semua transaksi berlaku secara online (bukan lagi di kaunter cawangan) seperti pembayaran yuran, pendaftaran pelajar, pembelian buku, ehwal pertanyaan, dsb. Kita maklumi transaksi secara online (go-digital) digalakkan oleh pihak berwajib mengambil kira pengalaman dan kawalan penularan Covid-19.          

                  

Maklumat terkini ehwal di atas akan diberi dari masa ke masa melalui portal pelajar, whatsapp dan media sosial dengan mengambil kira pelbagai peraturan terkini pihak berwajib. Persefahaman dan kerjasama anda amat kami hargai. Semoga pendidikan Islam terjamin dan kita dalam lindungan dan rahmah Allah swt sentiasa.  Wassalam wr. wb.

 

LEMBAGA PENGARAH 

17 Jun 2020

PEMBERITAHUAN

 

 

Waris Pelajar & Pelajar Dewasa yang Dihormati,

 

Assalamu'alaikum wr. wb.

 

Tuan / Puan

 

PENGAJIAN UGAMA DALAM TEMPOH APR – DIS 2020 – MENGHADAPI CABARAN COVID-19

 

Semoga anda dan keluarga sihat sejahtera dan dirahmati Allah swt sentiasa.


Kelonggaran pemutus litar (circuit breaker) Covid-19 secara bertahap telah bermula sejak 2 Jun 2020.

 

Walaubagaimanapun, pelbagai pusat pendidikan swasta (educational and enrichment centres), termasuk Andalus dan Cordova, masih belum dibenarkan beroperasi secara fisikal pada tahap ini.


Mengambil kira pelbagai faktor dan perkembangan semasa, pengajian ugama di Andalus dan Cordova direncana mengikut tiga peringkat seperti berikut:

 

Peringkat 1: April – Mei 2020

Kelas Maya (Virtual Classroom) dari Studio Induk

  1. Pengajian kelas maya (virtual classroom) secara synchronous (langsung) dan dikelola dari studio induk, mengikut tahap pengajian (dari prasekolah hingga posmenengah).

  2. Pengajian secara asynchronous (rakaman) juga disediakan untuk para pelajar yang terlepas sesi synchronous (langsung) di atas.

  3. Di samping kelas maya, para pelajar (tahap prasekolah, rendah dan menengah) juga harus melakukan tugasan e-pendidikan secara individu dan disokong waris.

  4. Asatizah mengajar program-program teras (dari studio induk) dan juga pengajian Iqra dalam kumpulan kecil, memantau penyertaan pelajar untuk kelas maya dan menyemak tugasan e-pendidikan pelajar.

 

Peringkat 2: Jun 2020


Kelas Maya (Virtual Classroom) dalam Kumpulan Asal (Ikut Jadual Asal)

  1. Pengajian kelas maya (virtual classroom) dilaksanakan mengikut jadual asal (sebelum isu Covid-19).

  2. Asatizah mengelola kelas untuk para pelajar masing-masing secara langsung dari rumah.

  3. Masa kelas maya diringkaskan dan disesuaikan untuk membolehkan pengajian berlaku dengan kadar sesuai dan berkesan.

  4. Pelbagai kemudahan teknologi pendidikan secara bertahap-tahap diperkenal, disesuai dan disepadu ke arah meningkat keberkesanan pendidikan.

 

Peringkat 3: Julai 2020 (Tertakluk kepada status mutakhir Covid-19)


Permulaan Blended Learning (Selaras Kelas Maya dan Kelas Fisikal)

  1. Permulaan Blended Learning iaitu kelas maya diselang seli dengan kelas fisikal secara mingguan untuk mematuhi panduan jarak selamat (social distancing) dan pelbagai protokol Covid-19. Ini bermakna, jumlah pelajar di setiap kelas dibahagikan kepada dua kumpulan dan setiap kumpulan mengikuti pengajian secara kelas maya dan kelas fisikal, secara silih berganti.

  2. Masa pengajian dikembalikan seberapa yang mungkin kepada jangka waktu asal (sebelum Covid-19) dan disesuaikan dengan Blended Learning.

  3. Pelbagai kemudahan teknologi pendidikan secara bertahap-tahap diperkenal, disesuai dan disepadu ke arah meningkat keberkesanan pendidikan.

 

Semoga senarai inisiatif di atas berjaya menyumbang kepada peningkatan mutu pendidikan Islam dan pengajian agama diteruskan dalam pelbagai situasi dan keadaan yang mencabar. Butiran lanjut akan diberikan dari masa ke masa menerusi portal pelajar dan media sosial, dengan mengambil kira peraturan terkini pihak berwajib.

Semoga niat dan usaha kita diredhai dan dirahmati Allah swt sentiasa. Terima kasih. Wassalam wr. wb.

 

DIVISYEN PENDIDIKAN


4 Jun 2020

PEMBERITAHUAN 

 

Assalamu'alaikum wr. wb.

Waris Pelajar dan Pelajar Dewasa yang dihormati,
 

Dalam Mesyuarat Pengarah Eksekutif (MPE) hari ini 25 Mar 2020, jam 10 pagi, berikut adalah keputusan yang dibuat:
 

Pengajian secara fisikal di semua cawangan akan diganti dengan pengajian secara virtual (e-learning, online learning), bermula Jumaat 27 Mar 2020 sehingga 30 Apr 2020.
 

Dalam tempoh ini (sekitar 1 bulan), para pelajar tidak harus ke cawangan dan boleh ikuti pengajian ugama di rumah.
 

Butiran jadual dan kandungan pengajian secara virtual akan diberikan dalam masa terdekat melalui portal pelajar, media sosial (Fb, Ig) dan WhatsApp.
 

Operasi pejabat akan berfungsi seperti biasa mengambil kira langkah-langkah mengekang penularan Covid-19.
 

Kadar dan kaedah pembayaran yuran kekal seperti biasa melalui Giro. Sekiranya belum ada akaun Giro pembayaran boleh dibuat secara tunai di kaunter atau melalui Paynow.
 

Maklumat terkini akan diberi dari masa ke masa mengikut perkembangan terkini.

Terima kasih. Wassalam wr. wb.
 

Lembaga Pengarah

25 Mac 2020
Jam 2.00 ptg

PEMBERITAHUAN

 

Waris Pelajar dan Pelajar Dewasa yang dihormati,

 

Assalamu’alaikum Wr. Wb.

 

Tuan/Puan

 

PENGAMBILAN SUHU BADAN DI RUMAH DAN DI PUSAT PENGAJIAN 

 

Semoga anda sekeluarga sihat dan dirahmati Allah swt sentiasa.

 

Senarai polisi dan prosedur telah diperkenal oleh pusat pengajian ini, sejak awal Feb 2020 untuk mengekang penularan Covid-19 sejajar dengan  garispandu pihak berwajib. Sebagai langkah tambahan, kini anda atau anak anda juga perlu membawa alat ukur suhu badan (thermometer) semasa ke pusat pengajian. Ini bermakna mengambil suhu badan harus berlaku di rumah sebelum ke pusat pengajian dan semasa berada di pusat pengajian.      

 

Asatizah akan merekodkan suhu badan anda atau anak anda di daftar kehadiran. Jika anda atau anak anda didapati kurang sihat seperti tanda demam, selsema dan batuk, waris akan dihubungi untuk membawa balik anak untuk berjumpa doktor. Untuk kelas prasekolah, asatizah akan mengambil suhu badan anak anda.

 

Kerjasama anda amat kami hargai untuk kita membendung penularan Covid-19 ini. Semoga Allah swt memberikan perlindungan dan kesihatan kepada kita dan keluarga, serta anugerahkan kesejahteraan kepada seluruh rakyat dan negara. 

 

Terima kasih. Wassalamu’alaikum Wr. Wb.

 

Salam hormat

 

Lembaga Pengarah

20 Mac 2020

PEMBERITAHUAN

 

Waris Pelajar dan Pelajar Dewasa yang dihormati,

Assalamu’alaikum Wr. Wb.

 

Tuan/Puan

 

KAWALAN SEMASA BALIK DARI BERKUNJUNG KE LUAR NEGARA

Semoga anda sekeluarga sihat dan dirahmati Allah swt sentiasa. 


Pihak berwajib seperti Kementerian Pendidikan (MOE) dan Kementerian Kesihatan (MOH), telah mengambil langkah yang lebih ketat untuk membendung penularan wabak Covid-19.


Sesuai dengan garispandu yang dikeluarkan MOE dan MOH, anda dan anak anda akan dikenakan ”Stay Home Notice” (SHN) ataupun ”Leave of Absence” (LOA) selama 14 hari sekiranya pulang dalam tempoh yang ditetapkan oleh pihak berwajib. 


Dengan ini, sila isikan borang perjalanan ke luar negara semasa cuti bulan Mac 2020. Borang hendaklah diisikan sebelum mula kembali ke pengajian. Sila lengkapkan borang menerusi link di bawah ini:

http://tiny.cc/isytiharperjalananpelajar


Sekiranya anda atau anak anda terkesan dengan LOA atau SHN dan terpaksa berada di rumah, pengajian ugama masih boleh berlaku secara online. Butiran lanjut hal ini akan diberikan tidak lama lagi, insya Allah.             


Kerjasama anda amat kami hargai. Semoga Allah s.w.t. memberikan perlindungan dan kesihatan kepada kita dan keluarga, serta anugerahkan kesejahteraan kepada seluruh rakyat dan negara. 


Terima kasih. Wassalamu’alaikum Wr. Wb.


Salam hormat,

Lembaga Pengarah

20 Mac 2020

PEMBERITAHUAN

Assalamu’alaikum Wr. Wb.

Tuan/Puan,

Pengurusan cawangan Andalus dan Cordova,

Pengajian di cawangan-cawangan Andalus dan Cordova akan berlangsung seperti biasa.

Kita maklumi kelas-kelas Alive di masjid-masjid terjejas kerana usaha 'sanitization' masjid-masjid untuk mengawal penularan Covid-19.

Cuti penggal pengajian di Andalus dan Cordova adalah dalam tempoh 16-22 Mar 2020.

Kita akan terus pantau status terkini ehwal Covid-19 dan mengambil kira panduan dan arahan terkini dari pelbagai agensi pemerintah termasuk Muis.
Wargakerja telah dinasihatkan agar mempertingkatkan langkah piawaian kebersihan di pusat pengajian bagi memastikan pejabat, kelas dan persekitaran sentiasa bersih dan dijauhi dari penularan kuman.

Maklumat lanjut akan diberi dari masa ke masa, berdasar keperluan.

Semoga Allah swt melindungi dan merahmati kita sentiasa.

Syukran. Wassalam. wr. wb.



Lembaga Pengarah
12 Mac 2020

PEMBERITAHUAN

Assalamu’alaikum Wr. Wb.

Tuan/Puan,

 

MEMBENDUNG PENULARAN CORONAVIRUS DISEASE (COVID-19)

 

Semoga kita semua dilindungi dan dirahmati Allah s.w.t. sentiasa.

Sebagai respon kepada DORSCON jingga (orange) oleh Kementerian Kesihatan bermula Jumaat 7 Feb 2020, kami telah pertingkat usaha pembelajaran secara virtual. Sekiranya amaran bertukar kepada DORSCON merah dan pihak Kementerian Pendidikan mengarahkan semua sekolah konvensional ditutup, pusat pengajian ini juga harus patuh dengan arahan ini.

Ini bermakna, para pelajar akan lakukan pembelajaran di rumah masing-masing dan tidak perlu ke pusat pengajian. Pembelajaran secara virtual akan diperkenalkan sepenuhya seperti online learning dan elearning. Maklumat, perincian dan arahan lanjut mengenai perkara ini akan diberikan kepada waris dan pelajar melalui portal pelajar, lelaman web pusat pengajian, media sosial dan Whatsapp.

Seperti yang sudah dimaklumi semua, melalui arahan yang kerap dan jelas dari pihak berwajib terutama Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan, langkah berjaga-jaga di semua pusat pengajian ini perlu terus diperkukuh seperti berikut:

Pemeriksaan suhu badan dan pemantauan kesihatan

Waris dinasihati agar mengukur suhu badan pelajar sebelum ke pusat pengajian. Sekiranya pelajar mempunyai suhu badan ≥ 38.0ºC atau mempunyai gejala seperti selsema, batuk, sakit tekak atau kesukaran bernafas, maka dinasihatkan agar tidak menghadiri kelas dan berjumpa doktor dengan segera.

Tenaga pengajar akan menyambut pelajar masing-masing sebelum masuk kelas dan melakukan pemantauan kesihatan secara verbal dan visual bagi memastikan para pelajar sihat. Pelajar yang didapati kurang sihat akan diasingkan, kemudian waris akan dihubungi untuk membawa pelajar tersebut pulang.

Menjaga kebersihan diri dan persekitaran

Pelajar dinasihati agar meneruskan amalan menjaga kebersihan diri, seperti mencuci tangan dan sentiasa menggunakan pakaian yang bersih. Pusat pengajian juga menyediakan hand sanitizer jika ada keperluan.
Wargakerja telah dinasihatkan agar mempertingkatkan langkah piawaian kebersihan di pusat pengajian bagi memastikan pejabat, kelas dan persekitaran sentiasa bersih dan dijauhi dari penularan kuman.

Mengelak perhimpunan secara beramai-ramai (social distancing)

Dianjurkan agar waris yang hadir untuk menghantar atau mengambil pelajar pulang tidak berlegar di bahagian lobi atau di hadapan premis bagi mematuhi arahan social distancing yang dianjurkan oleh pihak berwajib.

Tenaga pengajar akan memastikan para pelajar yang telah selesai pengajian beredar dari kelas secara beransur-ansur dan tidak keluar secara serentak.

Mengikut garispandu daripada pihak kementerian, wargakerja, waris dan pelajar juga dinasihatkan agar tidak berjabat tangan buat masa ini dan diganti dengan cara sapaan yang bersesuaian, bagi mengurangkan risiko penularan kuman.


Kami memohon kerjasama waris dan pelajar untuk memahami dan mematuhi perkara-perkara di atas dengan baik. Panduan dan arahan terkini akan kami berikan dari masa ke masa berdasarkan keperluan.

Waris dan pelajar dianjurkan agar kerap rujuk kepada portal pelajar, lelaman web dan mengikuti wadah Facebook dan Instagram (see first) kami untuk maklumat terkini.

Semoga Allah s.w.t. memberikan perlindungan dan kesihatan kepada kita dan keluarga, serta anugerahkan kesejahteraan kepada seluruh rakyat dan negara.

Terima Kasih. Wassalamu’alaikum Wr. Wb.



Salam Hormat,

Lembaga Pengarah
13 Feb 2020

 Syarikat Kerabat 

Darul Andalus Logo.png
al-zuhri logo2.jpg
Cordova Logo.png

Langgani kami

  • Facebook
  • YouTube
  • Instagram

Hakcipta - © Andalus Corporation Singapore 2020

LOGO ANDALUS.png

Rakan Anda Sepanjang Hayat