PENDAHULUAN
Program ini ditawarkan untuk para remaja yang belum pernah mengikuti pembelajaran agama secara berstruktur/ formal. Program ini disusun mengikut modul supaya para remaja mudah untuk mengikutinya.

Matlamat Program

Program ini diharapkan dapat menyediakan pengetahuan agama Islam kepada remaja-remaja berumur dari 13 hingga 18 tahun yang tiada asas pendidikan Islam daripada zaman kanak-kanak. Secara khususnya para pelajar yang mengikuti program ini dapat:

  • Memahami ilmu-ilmu teras agama Islam dengan sempurna

  • Menghayati dan mengamalkan ugama Islam dengan sebaik mungkin

  • Menjadi insan yang berakhlak mulia, progresif dan berketrampilan agar dapat menyumbang kepada agama, bangsa dan negara.

  • Membaca Al-Quran dengan bertajwid dan menjadikannya sebagai budaya hidup

Tempoh dan Masa Pembelajaran

Jangka masa pembelajaran KBR ialah 4 tahun. Setiap tahun mengandungi 2 semester. Setiap semester mengandungi lebih kurang 20 minggu pembelajaran. Pelajar KBR tidak perlu menduduki peperiksaan tetapi pada setiap unit pembelajaran pelajar perlu menyempurnakan latihan yang telah disediakan.
Bagi setiap sesi pembelajaran ianya akan berlangsung selama 1 jam 30 minit.
Pelajar yang mengikuti program KBR akan mempelajari setiap subjek yang di bawah mengikut modul.

Mata Pelajaran

Semester 1

  • Aqidah

  • Puasa

  • Zakat

  • Akhlak

Semester 2

  • Thoharoh

  • Solat

  • Solat Lanjutan

  • Sirah

Jaluran KBR

Pelajar yang tamat program ini berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat pra-diploma secara separuh masa.

Pakaian

Pelajar-pelajar yang mendaftarkan diri untuk kelas ini tidak diwajibkan memakai pakaian seragam pusat pendidikan. Walau bagaimanapun, mereka diwajibkan memakai pakaian yang menutup aurat. Bagi pelajar lelaki, mereka digalakkan berpakaian baju melayu serta bersongkok. Manakala bagi pelajar perempuan pula, mereka digalakkan berpakaian baju kurung atau berjubah serta bertudung.

Yuran

Yuran pendaftaran bagi kursus ini adalah sebanyak $12.00 sahaja yang perlu dibayar sekali sahaja semasa pendaftaran. Manakala yuran bulanan adalah sebanyak $50 sebulan.

Yuran tidak termasuk buku dan nota tambahan.

 Syarikat Kerabat 

Darul Andalus Logo.png
al-zuhri logo2.jpg
Cordova Logo.png

Langgani kami

  • Facebook
  • YouTube
  • Instagram

Hakcipta - © Andalus Corporation Singapore 2020

LOGO ANDALUS.png

Rakan Anda Sepanjang Hayat