PENDAHULUAN
Program ini disusun agar para pelajar yang telah melalui pendidikan Kelas Bimbingan Kanak-Kanak (KBK) dapat meneruskan pembelajaran agama di peringkat yang lebih tinggi. Kurikulum peringkat menengah yang disediakan untuk mereka adalah bersesuaian dengan tahap perkembangan mereka.

Matlamat Program

Program ini diharapkan dapat menyediakan pengetahuan agama Islam yang lebih lanjut kepada para pelajar. Secara khususnya para pelajar yang mengikuti program ini dapat:

  • Mendalami ilmu-ilmu Islam yang asas

  • Mengenali hukum-hukum pembacaan Al-Quran

  • Menghafal doa-doa harian dan menjadikannya amalan harian

  • Menyingkap permasalahan fiqh dari sudut ibadat, mua’amalat dan lain-lain

  • Mempelajari bahasa Arab dan asasnya

  • Mendapat pendedahan mengenai Sejarah Islam dari zaman Nabi Muhammad s.a.w. hingga kini

  • Mendalami persoalan-persoalan Aqidah dan isu-isu berkaitan dengannya

  • Mempelajari mata pelajaran Akhlak dengan lebih mendalam

Tempoh dan Masa Pembelajaran

Program ini berjalan selama enam tahun bermula dari KBM 1 bagi remaja berumur 13 tahun hingga KBM 4 bagi pelajar berumur 16 tahun.

Setiap tahun dibahagikan kepada 2 semester dan setiap semester pelajar diajar matapelajaran tertentu. Ia dijalankan seminggu sekali selama 3 jam bagi setiap sesi.

Mata Pelajaran

Mata pelajaran - Sem 1

  • Aqidah

  • Sejarah

  • Bahasa Arab

  • Al-Quran/Tajwid

  • Solat

Mata pelajaran - Sem 2

  • Fiqh

  • Akhlak

  • Bahasa Arab

  • Al-Quran/Tajwid

Aliran KBM

Selepas pelajar menamatkan program KBM 1 - 4, mereka boleh meneruskan pengajian secara separuh masa di peringkat Diploma Pengajian Islam kelolaan Andalus. Manakala sekiranya pelajar berkenaan ingin melanjutkan pelajarannya secara sepenuh masa, mereka boleh ikuti program Pra Diploma di Al-Zuhri yang kemudiannya membolehkan mereka untuk melanjutkan ke peringkat Diploma sepenuh masa. Dengan kelulusan di peringkat Diploma pelajar dapat meneruskan pengajian tinggi mereka dalam bidang agama/ukhrawi di universiti.

Yuran

Yuran pendaftaran bagi kursus ini adalah sebanyak $12.00 sahaja yang perlu dibayar sekali sahaja semasa pendaftaran. Manakala yuran bulanan adalah sebanyak $65 sebulan.

Yuran tidak termasuk buku dan nota tambahan.

Lihat juga:

 Syarikat Kerabat 

Darul Andalus Logo.png
al-zuhri logo2.jpg
Cordova Logo.png

Langgani kami

  • Facebook
  • YouTube
  • Instagram

Hakcipta - © Andalus Corporation Singapore 2020

LOGO ANDALUS.png

Rakan Anda Sepanjang Hayat