PENGENALAN

Kelas Bimbingan Dewasa (KBD) adalah pengajian Islam separuh masa yang menawarkan modul-modul asas untuk memenuhi keperluan mereka yang tidak berpeluang melalui pembelajaran agama secara formal. Program ini menekankan aspek kefahaman dan penghayatan yang dapat diaplikasikan dalam kehidupan.

Dengan mengikuti program ini, mereka dapat mengetahui secara menyeluruh dasar-dasar agama dan memahami dengan lebih jelas ajaran-ajaran agama Islam agar dapat mengamalkannya sebaik mungkin dalam kehidupan harian.

Natijah Pengajian

Berilmu

Menguasai ilmu-ilmu teras, memahami konsep kesepaduan dalam ilmu serta dapat menghubung-kaitkan (duniawi dan ukhrawi) dengan kehidupan seharian.

Memahami Maqasid Syariah, mempunyai tasawwur Islam yang jelas dan mampu mengaplikasikannya sesuai dengan konteks semasa.


Beriman Beramal dan Bertaqwa

Mempunyai akhlak yang terpuji dan berupaya meletakkan sesuatu pada tempatnya (beradab).

Berpegang teguh pada Al-Quran dan Al-Sunnah dalam kehidupan seharian dan memiliki keyakinan yang mendalam terhadap Islam sebagai agama rahmat bagi sekelian alam.

Syarat-Syarat Kemasukan :

  • Program ini dibuka kepada semua yang berusia 17 tahun ke atas.

  • Peserta tidak perlu mempunyai latarbelakang pendidikan agama yang formal untuk menyertai program ini. 

 

Yuran Pengajian :

  • Pendaftaran $12

  • Bulanan $47

  • Yuran tidak termasuk buku dan nota tambahan.

Musim Pengajian

Program akan diadakan secara bermodul selama 2 tahun. Setiap modul mengambil masa selama 12 minggu. Pembelajaran berlangsung seminggu sekali dalam masa 90 minit.

Semester 1 (6 Bulan)

Penggal 1 : Jan - Mac (13 Minggu)

  • Minggu Pengajian : 12 minggu

  • Modul 1 : 12 minggu

  • Cuti : 1 minggu

Penggal 2 : Apr -Jun (13 Minggu)

  • Minggu Pengajian : 12 minggu

  • Modul 2 : 12 minggu

  • Cuti : 2 minggu

Semester 2 (6 Bulan)

Penggal 3 : Jul - Sep (13 Minggu)

  • Minggu Pengajian : 12 minggu

  • Modul 3 : 12 minggu

  • Cuti : 1 minggu

Penggal 4 : Okt - Dis (13 Minggu)

  • Minggu Pengajian : 12 minggu

  • Modul 4 : 12 minggu

  • Cuti : 2 minggu

Terdapat dua modul yang akan digantikan dengan sesi Kuliah dalam setahun.

Silibus Pengajian

Buku Rujukan

Buku boleh didapatkan di cawangan atau di shop.darulandalus.com

Selain dari buku rujukan pensyarah juga akan menyiapkan slaid setiap minggu. Slaid boleh dimuat turun secara percuma di ruangan muat turun. 

Buku-buku yang akan digunakan bagi program ini ialah Buku Teks Andalus KBR 1 hingga 4 dan beberapa buku yang disarankan sebagai bacaan tambahan untuk peserta.

Penilaian & Sijil

Sistem Penilaian

Tiada peperiksaan sepanjang pengajian. Peserta akan dinilai berdasarkan kehadiran serta penyertaan di dalam kelas dan Kuliah KBD.

Penganugerahan Sijil

Peserta akan dianugerahkan sijil penyertaan jika berjaya memenuhi syarat-syarat berikut : 

  • Menamatkan 16 modul dalam jangkamasa tidak lebih dari 3 tahun.

  • Memenuhi 80% kadar kehadiran bagi setiap modul.

  • Mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh Lembaga Pengarah. 

  • Pengesahan dari Jabatan Akademik. 

  • Telah melunaskan yuran.

 Syarikat Kerabat 

Darul Andalus Logo.png
al-zuhri logo2.jpg
Cordova Logo.png

Langgani kami

  • Facebook
  • YouTube
  • Instagram

Hakcipta - © Andalus Corporation Singapore 2020

LOGO ANDALUS.png

Rakan Anda Sepanjang Hayat