PENDAHULUAN
Program 'Islam In English Secondary' (IIES) ialah versi bahasa Inggeris bagi program Kelas Bimbingan Menengah (KBM). Program ini ditawarkan untuk peringkat menengah 1 hingga 4.

Matlamat Program

Program ini diharapkan dapat menyediakan pengetahuan agama Islam yang lebih lanjut kepada para pelajar. Secara khususnya para pelajar yang mengikuti program ini dapat:

  • Mendalami ilmu-ilmu Islam yang asas

  • Mengenali hukum-hukum pembacaan Al-Quran

  • Menghafal doa-doa harian dan menjadikannya amalan harian

  • Menyingkap permasalahan fiqh dari sudut ibadat, mua’amalat dan lain-lain

  • Mendapat pendedahan mengenai Sejarah Islam dari zaman Nabi Muhammad s.a.w. hingga kini

  • Mendalami persoalan-persoalan Aqidah dan isu-isu berkaitan dengannya

  • Mempelajari mata pelajaran Akhlak dengan lebih mendalam

Tempoh dan Masa Pembelajaran

Jangka masa pembelajaran bagi program KBM 1 - 4 ialah 4 tahun. Setiap tahun mengandungi 2 semester. Setiap semester merangkumi 17 minggu pembelajaran, 1 minggu ulangkaji dan 2 minggu peperiksaan. Bagi setiap sesi pembelajaran, ianya akan berlangsung selama 3 jam. 

Mata Pelajaran

Semester 1

  • Aqidah

  • Sejarah

  • Al-Quran/Tajwid

  • Solat

Semester 2

  • Fiqh

  • Akhlak

  • Al-Quran/Tajwid

  • Solat

Yuran

Yuran pendaftaran bagi kursus ini adalah sebanyak $12.00 sahaja yang perlu dibayar sekali sahaja semasa pendaftaran. Manakala yuran bulanan adalah sebanyak $65 sebulan.

Yuran tidak termasuk buku dan nota tambahan.

 Syarikat Kerabat 

Darul Andalus Logo.png
al-zuhri logo2.jpg
Cordova Logo.png

Langgani kami

  • Facebook
  • YouTube
  • Instagram

Hakcipta - © Andalus Corporation Singapore 2020

LOGO ANDALUS.png

Rakan Anda Sepanjang Hayat