PENGENALAN

Diploma Pengajian Islam (DPI) ditawarkan sebagai pengajian separuh masa bagi peringkat pos-menengah yang merangkumi pelbagai pengkhususan disiplin agama. Di samping pengajian ilmu-ilmu teras agama dalam pengkhususan tersendiri seperti al-Quran, al-Hadith dan al-Syariah dan Aqidah, DPI juga menekankan aspek kontekstualisasi dan aplikasi ilmu-ilmu tersebut.

 

DPI Andalus bertujuan memberi peluang kepada lulusan program menengah Pra Diploma Andalus, Cordova, al-Zuhri lain-lain institusi pengajian untuk melanjutkan pengajian Islam (bukan sepenuh masa)  ke peringkat yang lebih tinggi iaitu peringkat Diploma. Dengan ini mereka mendapat peluang untuk mendalami dan meluaskan pemikiran serta kefahaman Islam sejajar dengan keperluan-cabaran semasa. 

Natijah Pengajian

Berilmu

Menguasai ilmu-ilmu teras, memahami konsep kesepaduan dalam ilmu serta dapat menghubungkaitkan (duniawi dan ukhrawi) dengan kehidupan seharian.

Memahami Maqasid Syariah, mempunyai tasawwur Islam yang jelas dan mampu mengaplikasikannya sesuai dengan konteks semasa.


Beriman Beramal dan Bertaqwa

Mempunyai akhlak yang terpuji dan berupaya meletakkan sesuatu pada tempatnya (beradab).

Berpegang teguh pada Al-Quran dan Al-Sunnah dalam kehidupan seharian dan memiliki keyakinan yang mendalam terhadap Islam sebagai agama rahmat bagi sekalian alam.

Syarat-Syarat Kemasukan :

  • Berusia tidak kurang dari 17 tahun.

  • Telah menamatkan dan lulus pengajian Islam secara formal peringkat menengah di institusi pengajian agama seperti madrasah masjid, persatuan Islam atau agensi swasta. 

 

Pengajian Secara Odit  (Berkala) :

  • Berusia tidak kurang dari 17 tahun. 

Lembaga Pengurusan boleh melakukan interviu terhadap calon-calon tertentu dan keputusannya adalah muktamad.

Yuran Pengajian :

  • Pendaftaran $52

  • Bulanan $88

  • Yuran tidak termasuk buku dan nota tambahan.

Kehadiran Modul :

  • Pelajar perlu menghadiri sekurang-kurangnya 80% dari waktu pengajian setiap modul.

  • Pelajar yang kehadirannya kurang dari 80% tidak layak untuk menduduki peperiksaan 

  • Pelajar yang kehadirannya 60% dan ke bawah dilarang menduduki peperiksaan dan perlu mengulangi modul tersebut serta pembayaran yuran yang baru.

  • Pelajar tidak dibenarkan menuntut yuran untuk modul yang tidak dihadiri.

  • Pelajar yang ingin menangguhkan pengajian perlu menulis surat permohonan beserta alasan yang munasabah kepada jabatan pendidikan pos menengah.

  • Pelajar juga harus memohon agar pemotongan yuran melalui Giro dihentikan sewaktu penangguhan pengajian.

  • Jika pelajar gagal melakukan demikian pihak Andalus tidak akan bertanggungjawab atas pemotongan tersebut dan yuran yang telah dipotong tidak akan dikembalikan.

Musim Pengajian

Diploma Pengajian Islam Andalus mengamalkan sistem 2 semester dalam tempoh 12 bulan. Setiap semester mengambil masa 6 bulan dan dibahagikan kepada 2 penggal dengan 10 minggu pengajian dalam setiap penggal, diikuti dengan 2 minggu peperiksaan dan 1 minggu cuti setelah tamat penggal pertama. 

Semester 1 (6 Bulan)

Penggal 1 : Jan - Mac (13 Minggu)

  • Minggu Pengajian : Jan - Mac (13 minggu)

  • Minggu Peperiksaan : Mac (2 minggu)

  • Minggu Cuti : Apr (1 minggu)

Penggal 2 : Apr -Jun (13 Minggu)

  • Minggu Pengajian : Apr - Jun (13 minggu)

  • Minggu Peperiksaan : Jun (2 minggu)

  • Minggu Cuti : Jun (1 minggu)

Semester 2 (6 Bulan)

Penggal 3 : Jul - Sep (13 Minggu)

  • Minggu Pengajian : Jul - Sep (13 minggu)

  • Minggu Peperiksaan : Sep (2 minggu)

  • Minggu Cuti : Sep (1 minggu)

Silibus Pengajian

Penggal 4 : Okt - Dis (13 Minggu)

  • Minggu Pengajian : Okt - Dis (13 minggu)

  • Minggu Peperiksaan : Dis (2 minggu)

  • Minggu Cuti : Dis (1 minggu)

  • Tasawwur Islam

  • Tafsir

  • Ulum Quran

  • Mustolah

  • Hadith

  • Aqidah

  • Usul Fiqh

  • Qawaidh Fiqh

  • Maqasid Syariah

  • Fiqh Munakahat

  • Fiqh Muamalat

  • Sejarah Tamadun Islam

  • Sejarah Pendidikan Islam

  • Metodologi Kajian

Jalur Pengajian

Peserta yang berjaya menamatkan pengajian DPI berpeluang untuk meneruskan pengajian mereka ke program separuh masa seperti program Diploma Pengajian Islam Lanjutan DPIL atau program ijazah yang ditawarkan Al-Zuhri dengan kerjasama Universiti Ibn Kholdun. Untuk maklumat lanjut program Al-Zuhri sila ke lelaman www.zuhri.com.sg

Penilaian & Sijil

Penilaian dijalankan secara berterusan dan di akhir setiap penggal. Tujuan penilaian berterusan ialah untuk membolehkan pelajar dan pensyarah menilai kebolehan dan pencapaian seseorang pelajar dari masa ke semasa supaya pelajar dan pensyarah dapat mengambil tindakan yang sewajarnya. 

 Syarikat Kerabat 

Darul Andalus Logo.png
al-zuhri logo2.jpg
Cordova Logo.png

Langgani kami

  • Facebook
  • YouTube
  • Instagram

Hakcipta - © Andalus Corporation Singapore 2020

LOGO ANDALUS.png

Rakan Anda Sepanjang Hayat