KATA PENGANTAR

Falsafah Pendidikan Andalus


Falsafah pendidikan Andalus terkandung di dalam misi dan visinya. Visi Andalus ialah Muslim yang bertaqwa berteraskan Al-Quran dan Al-Sunnah. Manakala misinya adalah menyediakan pendidikan Islam dengan kesungguhan, kesabaran dan keikhlasan dalam melahirkan Muslim yang berilmu dan bertaqwa berteraskan Al-Quran dan Al-Sunnah.

 

Matlamat Pendidikan Andalus


Matlamat pendidikan Andalus pula adalah melahirkan individu-individu yang mempunyai ciri-ciri berikut:

  • Mempunyai kefahaman mengenai Islam dan mencontohi akhlak mithali

  • Merealisasikan semua ajaran Islam dan menghayati sunnah dalam kehidupan

  • Menunaikan hak-hak Islam dan berhemah tinggi Mendidik anak-anak cara Islam

Model Kurikulum Andalus

Model kurikulum Andalus harus memberi perhatian kepada 4 perkara iaitu, (1) objektif-objektif kurikulum, (2) jenis kandungan yang akan digunakan (3) pengalaman-pengalaman pembelajaran yang harus disediakan dan (4) bagaimanakah hasilnya harus dinilai.

Objektif-objektif Kurikulum Andalus


Antara objektif-objektif utama kurikulum Andalus ialah:

  • Ia bertujuan memberi pengetahuan dan kefahaman yang mencukupi mengenai ilmu-ilmu teras agama Islam agar para pelajar dapat memahaminya dengan sempurna. Ia mengikut kadar umur dan kebolehan mereka supaya mereka boleh menghayati dan mengamalkan ugama Islam dengan sebaik mungkin.

  • Ia menekankan aspek ta’lim (proses menimba ilmu) ta’dib (beradab dengan Allah, Rasul dan hubungan dengan sekalian makhluk/sistem kehidupan) dan tarbiyyah (latihan kerohanian, intelek dan jasmani).

  • Ia berhasrat membentuk insan yang berilmu dan berfikiran secara logis, analitis, kreatif, inovatif berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah.

  • Ia berhasrat menghasilkan peribadi yang seimbang dari segi rohani, intelek dan jasmani agar menjadi muslim yang soleh dan muslih.

  • Ia bertujuan memperkembangkan potensi dan bakat serta keupayaan setiap individu khususnya dalam pendidikan, penghayatan cara hidup dan menegakkan syiar Islam.

  • Ia berhasrat melahirkan insan yang berakhlak mulia, progresif dan berketrampilan agar dapat menyumbang kepada agama, bangsa dan negara.

  • Ia menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran yang membolehkan suasana pembelajaran maksimum tercapai.

 Affiliate Companies 

Darul Andalus Logo.png
al-zuhri logo2.jpg
Cordova Logo.png

Subscribe to us

  • Facebook
  • YouTube
  • Instagram

Copyright - © Andalus Corporation Singapore 2020

LOGO ANDALUS.png
Rakan Anda Sepanjang Hayat