Muat-turun "Things To Bring"

 

Frequently Asked Questions ( FAQ ) 

Perkhemahan Remaja III 2010 ( Youth Camp IV  )

Kem Perkhemahan (Masjid Pertempatan Melayu Sembawang)

Selasa 14 Dis 09  – Khamis 16 Dis 10

 

 

  • Di mana lokasi perkhemahan?

Lokasi adalah di kem perkhemahan Masjid Pertempatan Melayu Sembawang

 

  • Siapa boleh ikut serta perkemahan ini?

Para pelajar Andalus dan Cordova, remaja berusia 14–19 tahun. (Pelajar selain Andalus/Cordova juga dialu-alukan)

Permohonan remaja berumur 13 tahun akan dipertimbangkan. Nama pemohon remaja berusia 13 tahun akan diambil dan diletakkan dalam waiting list (pembayaran hanya perlu dibuat apabila permohonan diterima/dipastikan). Kepastian (confirmation) untuk permohonan remaja berusia 13-14 tahun akan diberikan sebelum 21 November 10, insya Allah.

 

  • Berapakah bayaran yuran penyertaan dan bagaimana membayarnya?

Yuran adalah $70/orang. Pembayaran melalui tunai sahaja (bukan cek). Permohonan dan pembayaran boleh dibuat di kaunter semua cawangan Andalus dan Cordova semasa pendaftaran.

 

  • Apakah polisi penarikan diri selepas pendaftaran dan pembayaran?

Yuran yang telah dibayar tidak akan dipulangkan jika penarikan diri berlaku selepas 30 November 10.

 

  • Berapa peserta akan ditempatkan dalam satu khemah?

Seramai 4 hingga 5 peserta akan ditempatkan dalam satu khemah secara berasingan antara peserta lelaki dan perempuan.

 

  • Apakah jenis aktiviti yang diadakan sewaktu perkhemahan?

Terdapat beberapa aktiviti yang lasak dan menguji ketahanan peserta dan beberapa aktiviti lain yang memupuk kerjasama antara para peserta. Tumpuan juga diberikan dari sudut pembinaan kerohanian (seperti sesi tazkirah/ceramah, solat berjemaah, mengaji dan doa-doa harian).

   

  • Bagaimana tahap keselamatan semasa perkhemahan?

Penganjur akan mengambil segala langkah keselamatan sewajarnya. Setiap peserta juga akan dilindungi oleh polisi insuran.

 

  • Bagaimana perlaksanaan kegiatan antara peserta perempuan dan lelaki.

Sebahagian besar aktiviti perkhemahan (lebih kurang 90%) akan dilakukan secara berasingan. Bermakna peserta lelaki akan dipisahkan dari peserta perempuan semasa perlaksanaan aktiviti. Para peserta akan dikumpulkan dalam sesi seperti taklimat dan solat berjemaah.

 

  • Siapakah pegawai yang boleh dihubungi pada hari perkhemahan?

Sila hubungi Komanden Perkhemahan (Camp Commandant), Ustaz Ahmad Dahlan di 92710792 atau Penasihat Perkhemahan, Ustaz Zulkifli di 90044891.

 

  • Bila dan di mana harus saya hantar anak saya?

Para peserta harus tiba di Stesyen MRT Eunos, pada Selasa, 14 Dis 10 sebelum jam 8.30 pagi untuk pendaftaran. Bas akan bertolak pada jam 8.45 pg. Pada akhir perkhemahan iaitu pada Khamis 16 Dis 10, para waris boleh mengambil anak mereka di Stesyen MRT Eunos pada jam 2.30-3.00 petang.

 

  • Saya (Waris) ingin datang pada hari perkhemahan, bagaimana?

Waris dibenarkan datang pada hari perkhemahan tetapi tidak dibenarkan untuk bermalam di sana. Waris perlu memaklumkan kepada Ustaz Ahmad Dahlan atau Ustaz Zulkifli jika ingin datang ke tempat perkhemahan. Waris perlu datang sendiri ke tempat perkhemahan.

 

  • Perlukah peserta membawa wang bersama mereka?

Tidak perlu kerana pengangkutan dan makanan akan disediakan untuk ketiga-tiga hari perkhemahan. Peserta hanya perlu membawa kad ez-link bersama sekiranya mereka akan pulang ke rumah sendiri dari MRT Eunos pada hari ketiga. Namun, sekiranya peserta membawa wang dan telefon bimbit bersama mereka, mereka harus bertanggungjawab ke atas barang masing-masing. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan harta benda.