Andalus Corporation Pte. Ltd.

Tahfiz Al-Hiffz Bil Fahmi
PENDAHULUAN
Program Tahfiz Al-Hiffz bil Fahmi ialah program separuh masa untuk kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun dalam 2 katogeri umur iaitu 6 hingga 8 tahun dan 9 hingga 12 tahun.

Program ini memperkenalkan sistem hafalan al-Quran beserta kefahaman melalui cerita-cerita dan pengajaran yang terkandung di dalamnya. Teknik dan kaedah hafalan yang digunakan dinamakan kaedah Sistematik Al-Huffaz. Kaedah ini ditemui setelah pengkajian selama lebih dari 10 tahun terhadap pelbagai jenis pendekatan dan cara menghafal al-Quran. Ianya telah diterimapakai oleh beberapa institusi pengajian al-Quran di nusantara dan keberkesanannya telah terbukti. Ianya sesuai dan boleh dipraktikkan oleh semua peringkat umur mahupun profession.
MATLAMAT
Program ini bertujuan membimbing para peserta agar

  • minat dan suka menghafal Al-Quran melalui kaedah hafalan yang diterapkan
  • menyemai sikap ingin faham makna ayat-ayat Al-Quran
  • memahami makna dan maksudnya
  • menghayati iktibar dan pengajaran darinya
TEMPOH PENGAJARAN
Program ini dilaksanakan secara separuh masa mengikut sistem semester dalam tempoh 2 tahun. Setiap tahun mengandungi 2 semester.

Program ini diadakan seminggu sekali selama 2 jam untuk setiap sesi pertemuan. Dalam tempoh 2 tahun, para peserta dijadualkan tamat menghafal keseluruhan Juz Amma (Juz 30) beserta kefahaman.
PENILAIAN
Program ini akan menggunakan sistem penilaian yang berterusan. Tiada peperiksaan untuk program ini.

YURAN PENGAJIAN
Yuran pendaftaran bagi kursus ini adalah sebanyak $12.00 yang perlu dibayar sekali sahaja semasa pendaftaran. Manakala yuran bulanan adalah sebanyak $49 sebulan

 

Sila kunjungi ke cawangan kami untuk pendaftaran atau daftar secara online.