Andalus Corporation Pte. Ltd.

Kelas Bimbingan Remaja
PENDAHULUAN
Program ini ditawarkan untuk menengah 1 hingga 4. Program ini diadakan untuk para remaja. Program ini disusun mengikut modul supaya para remaja mudah untuk mengikutinya.
MATLAMAT
Program ini diharapkan dapat menyediakan pengetahuan agama Islam kepada remaja-remaja berumur dari 13 hingga 18 tahun yang tiada asas pendidikan Islam daripada zaman kanak-kanak. Secara khususnya para pelajar yang mengikuti program ini dapat:
  • Memahami ilmu-ilmu teras agama Islam dengan sempurna
  • Menghayati dan mengamalkan ugama Islam dengan sebaik mungkin
  • Menjadi insan yang berakhlak mulia, progresif dan berketrampilan agar dapat menyumbang kepada agama, bangsa dan negara.
  • Membaca Al-Quran dengan bertajwid dan menjadikannya sebagai budaya hidup
TEMPOH DAN MASA PEMBELAJARAN
Jangka masa pembelajaran KBR ialah 3 tahun. Setiap tahun mengandungi 2 semester. Setiap semester mengandungi lebih kurang 20 minggu pembelajaran. Pelajar KBR tidak perlu menduduki peperiksaan tetapi pada setiap unit pelajar perlu menyempurnakan latihan yang telah disediakan.

Bagi setiap sesi pembelajaran ianya akan berlangsung selama 1 jam 30 minit.

Pelajar yang mengikuti program KBR akan mempelajari setiap subjek yang di bawah mengikut modul.
MATA PELAJARAN
Bil
Modul
Masa
1
Aqidah & Thoharah
6 bulan
2
Puasa & Sholat
6 bulan
3
Zakat & Sholat Lanjutan
6 bulan
4
Akhlak & Haji dan Umrah
6 bulan
5
Iqra'/ Al-Quran & Sirah
6 bulan
6
Iqra'/ Al-Quran & Tajwid
6 bulan
ALIRAN KBR
Pelajar yang tamat program ini berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat diploma secara separuh masa.
PAKAIAN
Pelajar-pelajar yang mendaftarkan diri untuk kelas ini tidak diwajibkan memakai pakaian seragam pusat pendidikan. Walau bagaimanapun, mereka diwajibkan memakai pakaian yang menutup aurat. Bagi pelajar lelaki, mereka digalakkan berpakaian baju melayu serta bersongkok. Manakala bagi pelajar perempuan pula, mereka digalakkan berpakaian baju kurung atau berjubah serta bertudung.

YURAN
Yuran pendaftaran bagi kursus ini adalah sebanyak $12.00 sahaja yang perlu dibayar sekali sahaja semasa pendaftaran. Manakala yuran bulanan adalah sebanyak $46 sebulan.

 

Sila kunjungi ke cawangan kami untuk pendaftaran atau daftar secara online.