Andalus Corporation Pte. Ltd.

Islam In English (IIE Primary)
PENDAHULUAN
Program 'Islam In English' (IIE) ialah versi bahasa Inggeris bagi program Kelas Bimbingan Kanak-Kanak (KBK). Program ini dikendalikan oleh Seville Education Agency beberapa tahun dahulu hingga tahun 2005.

Bermula Januari 2006, program IIE akan diambil alih pengurusannya oleh Andalus. Program ini ditawarkan untuk peringkat rendah darjah 1 hingga 6.

Disamping program IIE, Jabatan IP juga akan mengkaji, meneliti dan menilai program ‘Alive ’ yang diusahakan oleh Unit Pendidikan Islam (MUIS) dari segi kesesuaiannya untuk dimanfaat dan sepadukan dengan program IIE .
JADUAL DAN SISTEM PENGAJIAN
Program "IIE Primary" ditawarkan seminggu sekali selama 2 jam untuk setiap sesi. Pengajian diadakan pada hari Khamis dan Jumaat. Ia adalah sesuai untuk pelajar-pelajar berumur 7 hingga 12 tahun.

Sebelum ini (tahun 2005 dan sebelumnya), program IIE dilaksanakan oleh Seville Education Agency dengan menggunakan sistem semester. Bermula tahun 2006, perlaksanaan program IIE yang dikendalikan Andalus berpandukan pada sistem modul. Jadual IIE akan dibahagikan kepada 2 semester mengikut modul seperti berikut:

Semester 1 (Januari - Jun):
IIE 1 hingga IIE 6
30 minit
30 minit
30 minit
30 minit
Iqra
Tauhid
Solat & Praktikal
Fiqeh


Semester 2 (Julai- Disember):
IIE 1 hingga IIE 6
30 minit
30 minit
30 minit
30 minit
Iqra
Sirah
Solat & Praktikal
Akhlak



KALENDER PENGAJIAN
Oleh kerana program IIE adalah versi bahasa Inggeris bagi program KBK dan KBM, dan terdapat banyak kesamaan antara keduanya dari pelbagai aspek, kalender bagi program IIE telah diselaraskan dengan kalender bagi program KBK. Musim persekolahan, musim cuti dan musim peperiksaan akan mengikut yang ditetapkan bagi program KBK dan KBM.
PERBEZAAN ANTARA PROGRAM IIE DAN KBK
  1. Tiada ‘Cuti Pemarkahan’ untuk guru bagi program IIE
  2. Subjek Jawi dan Arab tiada dalam program IIE
YURAN
Yuran pendaftaran bagi kursus ini adalah sebanyak $12.00 sahaja yang perlu dibayar sekali sahaja semasa pendaftaran. Manakala yuran bulanan adalah sebanyak $51.00 sebulan

PEMBELIAN BUKU TEKS
Buku Teks IIE boleh dibeli pada musim penjualan buku-buku Andalus di bulan Disember.

 

Sila kunjungi ke cawangan kami untuk pendaftaran atau daftar secara online.