Andalus Corporation Pte. Ltd.

Kelas Bimbingan Nurseri
PENDAHULUAN
Program ini disusun agar para pelajar membuat persiapan untuk memasuki program Kelas Bimbingan Pra-Sekolah (KBPS). Kurikulum yang disediakan untuk mereka ringan dan mudah agar mereka dapat berjinak-berjinak dengan ajaran Islam dan menerapkan minat serta cinta pada agama Islam.
MATLAMAT PROGRAM
Matlamat program ini adalah seperti berikut:
  • Mempertingkatkan kemahiran menulis
  • Mengenal huruf –huruf Al-Quran
  • Menghafal doa-doa harian dan menjadikannya amalan harian
  • Menghafal surah-surah pilihan
  • Melaksanakan asas solat yang mudah
  • Mengetahui asas Bahasa Arab
TEMPOH DAN MASA PENGAJARAN
Program ini dijalankan selama setahun untuk pelajar yang berumur antara 4 dan 5 tahun. Ia dijalankan seminggu sekali selama 2 jam 15 minit bagi setiap sesi. Matapelajaran diajar dalam beberapa tempoh tertentu sebagaimana di bawah.
MATAPELAJARAN
BIL
MATA PELAJARAN
1
Siri Buku Pendidikan Islam Sepadu Prasekolah
Jaluran Aqidah dan Akhlak
Jaluran Intelektual dan Jasmani
Jaluran Perhubungan dan Kehidupan
Jaluran Alam Sekitar dan Aktiviti
2
Al-Lughah Al-Arabiyyah li Al-Athfal wal Iqra’ 1 & 2
3
Solat Peringkat Asas
ALIRAN KELAS KBN
Kanak-kanak menghabiskan masa sekurang-kurangnya setahun dalam program KBN sebelum masuk ke program Kelas Bimbingan Pra-Sekolah (KBPS). Seterusnya mereka boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat rendah, Kelas Bimbingan Kanak-Kanak (KBK), semasa berumur 7 tahun.

YURAN
Yuran pendaftaran bagi kursus ini adalah sebanyak $12.00 sahaja yang perlu dibayar sekali sahaja semasa pendaftaran. Manakala yuran bulanan adalah sebanyak $50.00 sebulan.

 

Sila kunjungi ke cawangan kami untuk pendaftaran atau daftar secara online.