Andalus Corporation Pte. Ltd.

Diploma Pengajian Islam Lanjutan

Pengenalan

 

Diploma Pengajian Islam Lanjutan (DLPI) ditawarkan sebagai pengajian separuh masa bagi peringkat pos-menengah yang merangkumi pelbagai penghkususan disiplin agama. Disamping pengajian ilmu-ilmu teras agama dalam pengkhususan tersendiri seperti al-Quran, al-Hadith dan al-Syariah dan Aqidah, DPIL juga menekankan aspek kontekstualisasi dan aplikasi ilmu-ilmu tersebut. 

 

DPIL Andalus bertujuan memberi peluang kepada lulusan program Diploma Andalus, Cordova, al-Zuhri lain-lain untuk melanjutkan pengajian Islam (bukan sepenuh masa)  ke peringkat yang lebih tinggi iaitu peringkat sarjana muda pengajian Islam. Dengan ini mereka mendapat peluang untuk mendalami dan meluaskan pemikiran serta kefahaman Islam sejajar dengan keperluan-cabaran semasa. 

 

 

Natijah Pengajian

 

Berilmu 

Menguasai ilmu-ilmu teras, memahami konsep kesepaduan dalam ilmu serta dapat menghubung-kaitkan (duniawi dan ukhrawi) dengan kehidupan seharian

Memahami Maqasid Syariah, mempunyai tasawwur Islam yang jelas dan mampu mengaplikasikannya sesuai dengan konteks semasa


Beriman Beramal dan Bertaqwa

  • Mempunyai akhlak yang terpuji dan berupaya meletakkan sesuatu pada tempatnya (beradab).
  • Berpegang teguh pada Al-Quran dan Al-Sunnah dalam kehidupan seharian dan memiliki keyakinan yang mendalam terhadap Islam sebagai agama rahmat bagi sekelian alam.

 

Syarat-Syarat Kemasukan

 

  • Berusia tidak kurang dari 19 tahun 
  • Telah menamatkan dan lulus pengajian Islam secara formal peringkat diploma atau pra universiti di institusi pengajian agama seperti madrasah masjid, persatuan Islam atau agensi swasta. 

 

Pengajian Secara Odit  (Berkala1) 

 

  • Berusia tidak kurang daripada 19 tahun.

 

Yuran Pengajian

 

  • Pendaftaran $52
  • Bulanan $97

yuran tidak termasuk harga nota dan buku.