Andalus Corporation Pte. Ltd.

Pra Diploma Pengajian Islam
PENDAHULUAN
Pra-Diploma Pengajian Islam (PPI) adalah pengajian Islam separuh masa bagi peringkat asas yang merangkumi pelbagai disiplin ilmu-ilmu teras Agama. PPI menawarkan sistem pengajian yang menekankan aspek aplikasi dan kefahaman berdasarkan keadaan dan kehidupan semasa.
MATLAMAT
PPI bertujuan membuka ruang kepada mereka yang tidak berkesempatan atau berpeluang untuk mendapatkan pendidikan asas agama secara formal untuk memperkukuhkan pengetahuan mereka dalam bidang tersebut serta melanjutkan pengajian Islam ke peringkat yang lebih tinggi. Dengan ini mereka berpeluang untuk mendalami dan meluaskan pemikiran serta kefahaman Islam sejajar dengan keperluan semasa.
SYARAT KEMASUKAN
  • Program ini dibuka kepada semua yang berusia tidak kurang dari 17 tahun.
  • Peserta tidak perlu mempunyai latarbelakang pendidikan agama peringkat tinggi yang formal untuk menyertai program ini.
  • Peserta hanya perlu mempunyai asas latarbelakang pengetahuan agama sekurang-kurangnya tahap darjah 6 madrasah masjid (separuh masa)
TEMPOH DAN MASA PEMBELAJARAN
Pengajian mengambil masa selama 4 semester (2 tahun). Setiap tahun mempunyai 2 semester. Setiap semester mengambil masa selama 6 bulan (26 minggu). 24 minggu pengajian dan 2 minggu cuti. Setiap semester mengandungi 4 modul dan setiap modul mengambil masa selama 6 minggu.

Semester 1
Penggal 1
:
Jan - Mac
(13 minggu)
Minggu Pengajian
:
12 minggu
Modul 1
:
6 minggu
Modul 2
:
6 minggu
Cuti
:
1 minggu
Penggal 2
:
Apr - Jun
(13 minggu)
Minggu Pengajian
:
12 minggu
Modul 1
:
6 minggu
Modul 2
:
6 minggu
Cuti
:
1 minggu
Semester 2
Penggal 3
:
Jul - Sep
(13 minggu)
Minggu Pengajian
:
12 minggu
Modul 1
:
6 minggu
Modul 2
:
6 minggu
Cuti
:
1 minggu
Penggal 4
:
Okt - Dis
(13 minggu)
Minggu Pengajian
:
12 minggu
Modul 1
:
6 minggu
Modul 2
:
6 minggu
Cuti
:
1 minggu
JALUR KELAS PPI

Peserta yang berjaya menamatkan pengajian PPI berpeluang untuk meneruskan pengajian mereka ke pelbagai program separuh masa seperti Diploma Pengajian Islam Andalus DPIA & Diploma Pengajian Al-Quran & Al-Sunnah (DPQS) di Institut Pengajian Al-Zuhri.

MATA PELAJARAN
Matapelajaran
Bahasa Pengantar
Jam Pertemuan
Tasawwur Islam
Melayu
18
Akidah 1
Melayu
18
Al-Azkar
Melayu
18
Akhlak 1
Melayu
18
Sejarah & Tamadun Islam 1
Melayu
18
Fiqh 1
Melayu
18
Fiqh 2
Melayu
18
Tafsir 1
Melayu
18
Akidah 2
Melayu
18
Hadis
Melayu
18
Akhlak 2
Melayu
18
Sejarah & Tamadun Islam 2
Melayu
18
Tafsir 3
Melayu
18
Tafsir 3
Melayu
18
Keperibadian Mu'min
Melayu
18
Jumlah Pertemuan
288

YURAN PENGAJIAN
Yuran pendaftaran bagi kursus ini adalah sebanyak $52.00 sahaja yang perlu dibayar sekali sahaja semasa pendaftaran. Manakala yuran bulanan adalah sebanyak $79.00 sebulan (dibayar melalui giro).

* Yuran tidak termasuk dengan harga nota dan buku.

 

Sila kunjungi ke cawangan kami untuk pendaftaran atau daftar secara online.

 

Sila ke lelaman www.andalus.sg/dewasa Untuk maklumat terperinci program pos-menengah Andalus.