Cari:


Syarikat Kerabat
Institut Pengajian Tinggi Al-Zuhri
Pusat Pendidikan Cordova
Darul Andalus Pte Ltd
Pembukaan
kata-kata aluan
Servis
borang-borang
Program Andalus
nurseri
pra-sekolah
kanak-kanak
remaja
dewasa
e-Pendidikan
belajar melalui internet
Muat-Turun (Downloads)
skema pengajaran  
slaid KBM  
kertas soalan LPPI  
contoh kertas
peperiksaan KBK
contoh kertas
peperiksaan KBM
Web Terhad
untuk staf
Media Andalus
Video Korporat
Iklan
Program Integrasi Ilmu
Wadah Integrasi Minda
Wisuda
Pesta Buku 2009

 

 
 
PENGENALAN
Andalus Corporation Pte Ltd mula beroperasi pada tahun 1996 di Bukit Batok. Pada ketika itu ia merupakan bilik darjah sahaja. Alhamdulillah, dengan bantuan Ilahi, hari ini terdapat 15 buah cawangan Andalus.

Setiap cawangan dipimpin oleh pengetua-pengetua yang berkelulusan. Mereka dibantu oleh asatizah daripada universiti Islam dan madrasah setempat seperti Aljunied, Alsagoff, Almaarif dan lain-lain.

Andalus Corporation Pte Ltd telah membentuk lima bahagian utama iaitu Pengurusan, Instruksional, Sumber Manusia & Latihan, Kewangan dan Pengeluaran.

Kami tidaklah mengatakan yang kami adalah yang terbaik, tetapi kami akan sentiasa berusaha dari masa ke semasa untuk memperbaiki mutu perkhidmatan kami.

Keyakinan Andalus Corporation Pte Ltd adalah, di atas segala daya dan usaha, hanya Allah yang menentukan dan Dia adalah sebaik Pembantu.
 
KENYATAAN VISI, MISI, OBJEKTIF DAN NILAI

VISI
Muslim yang berilmu dan bertaqwa berteraskan al-Quran dan al-Sunnah.

MISI
Menyediakan pendidikan Islam dengan kesungguhan, kesabaran dan keikhlasan dalam melahirkan Muslim yang berilmu dan bertaqwa berteraskan al-Quran dan al-Sunnah.

OBJEKTIF
Objektif dan matlamat kami adalah untuk melahirkan individu-individu yang mempunyai ciri-ciri berikut:
  • Mempunyai kefahaman mengenai Islam dan mencontohi akhlak mithali
  • Merealisasikan semua ajaran Islam dan menghayati sunnah dalam penghidupan
  • Menunaikan hak-hak Islam dan berhemah tinggi

NILAI
Kami percaya bahawa setiap warga kerja Andalus mampu dan ingin menyumbang secara berkesan kepada kerjayaan organisasi. Sehubungan dengan ini, dalam semua urusan, kami menghayati ciri-ciri berikut :

  • Fokus Pelanggan

Kami komited untuk menjalin hubungan baik dengan semua waris dan para pelajar sebagai rakan-rakan sepanjang hayat. Kami menghormati setiap dari mereka sebagai individu yang penting dan mempunyai keperluan tersendiri.

  • Pembangunan Warga Kerja

Kami berusaha mewujudkan suasana kerjaya yang membuka peluang kepada setiap warga kerja kami untuk mengoptimumkan potensi diri.

  • Kerja Berkumpulan

Kami yakin dengan budaya kerja secara berkumpulan dengan semangat bergotong royong. Kami menghargai segala sumbangan dari setiap warga kerja, waris dan pelajar.

  • Inovasi

Kami beriltizam untuk terus mempertingkatkan perkhidmatan kami dari pelbagai segi secara berterusan. Kami akan memastikan sebarang bayaran yang dikenakan adalah wajar dan berpatutan.

 

 

STRUKTUR ORGANISASI


 


 


 
Syarikat Kerabat

   Lelaman Utama | Link | Site Map