Oleh Ustaz Adam Ismail
Pengetua Cawangan Andalus
Adalah menjadi kewajipan bagi seluruh umat Islam
berpegang teguh dengan kitabullah, yakni Al Quranul Karim. Salah
satu diantara cara kita berpegang teguh dengan Al Quran setelah
kita dapat membacanya dengan baik ialah dengan memahami
makna-makna yang terkandung di dalam Al Quran itu sendiri serta
mengetahui hikmah-hikmah disebalik makna-maknanya yang tersurat
mahu pun yang tersirat.
Pertama:
Dengan memahami makna-makna Al Quran umat Islam akan terdorong
untuk terus meyakini kebenaran dan kebesaran Allah SWT
Kedua:
Bahawa kitab Allah mempunyai pelbagai ilmu pengetahuan yang tidak
diketahui oleh kebanyakkan manusia.
Ketiga:
Memberi petunjuk dan pedoman bagi manusia menjalani kehidupan yang
terbaik dan sempurna dalam setiap aspek kehidupan dunia.
Keempat:
Memberi suatu ketenangan dalam jiwa manusia yang tiada tolok
bandingnya.
Kelima:
Memulihkan dan merawat segala macam masalah yang dihadapi oleh
umat manusia.
Keenam:
Meningkatkan kekuatan, kehebatan dan kemuliaan bagi sesiapa yang
membacanya, memahaminya dan mengamalkannya.
Ketujuh:
Dapat membentuk pandangan alam Islami secara universal atau
menyeluruh.
Kelapan:
Membawa manusia untuk mengecapi kebahagiaan dan kesejateraan
sejati samada dalam kehidupan dunia mahupun kehidupan di akhirat.
Kesembilan:
Memperlihatkan I’jaz Al Quran dari sudut lafaz dan maknanya
yang sentiasa terpelihara secara mutlak hingga ke akhir zaman.
Kesepuluh:
Sesuai diamalkan pada setiap tempat, masa dan zaman. Mudah-mudahan
dengan kita memahami beberapa hikmah yang telah saya sebutkan tadi
sikit sebanyak dapat membuka hati nurani kita untuk terus
mencintai Kitab Allah serta dapat mengamalkannya dalam kehidupan
seharian kita. Insha Allah.