Oleh Ustazah Noorsyahidah Mohd Sa'id
Asatizah Cordova
Kebersihan ialah sebahagian daripada iman jadi
ia merupakan perkara yg wajib diamalkan oleh semua umat Islam.
Alam sekitar pula berasaskan pd ajaran Tauhid yg menggabungkan
manusia, alam dan Tuhan. Oleh itu, kita menjadikan akhlak sebagai
teras hubungan antara ketiga-tiganya perkara tersebut.
Kita adalah khalifah di muka bumi ini, jadi
wajarlah bagi kita melaksanakan misi dan amanah ini iaitu menjaga
alam sekitar dengan sebaik-baiknya kerana ia adalah hak Allah dan
ciptaan-Nya serta wujudnya alam ini merupakan tanda pd kebesaran
Allah. Di atas sebab itu, manusia perlu menjaga kebersihan alam
sekitar kerana ia berkaitan rapat dengan amanah kita terhadap
Allah SWT.
Pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar
adalah sebagai satu pengurusan yang dikehendaki oleh Islam, maka
Islam meletakkan 5 konsep penting yang perlu diterapkan ke dalam
diri manusia supaya wujudnya proses ini. (Mohd Nur Hakim Razana,
2004)
Konsep-konsepnya ialah Tauhid, Syari’ah,
ilmu, khalifah dan Akhlak. Maka dalam hal ini, Islam menekankan
konsep-konsep asas tersebut dalam mengurus alam sekitar agar
sistem yang telah ditetapkan Allah itu tidak terganggu seperti
berlakunya kerosakan di muka bumi dengan berlakunya pencemaran
alam dan sebagainya. Maka andai kata semua konsep ini berjaya
diasimilasikan dengan sempurna oleh setiap manusia dalam kehidupan
mereka, maka akan terjaminlah alam sekitar ini daripada kerakusan
manusia itu sendiri. Soalnya kini, mampukah ia dihayati
sepenuhnya?
Oleh itu, kami Asatizah di Cordova menitik
beratkan penjagaan kebersihan dan alam sekitar kepada para pelajar
kerana ia berkait rapat dengan tugas kita sebagai khalifah Allah.
Perlaksanaannya merupakan amanah yg diberikan Allah SWT. kepada
hambaNya. Jadi ianya menjadi tanggung jawab kita bersama agar
memelihara kebersihan alam sekitar dengan sebaik-baiknya. Semoga
kita meraih manfaatnya bersama.