Oleh Ustazah Azhani Abu Basri
Guru Kanan Andalus Woodlands Point
MENJAGA KESIHATAN DALAM ISLAM
Islam adalah agama yang merangkumi semua aspek kehidupan. Ini termasuk
penjagaan dari sudut kesihatan, di mana Islam amat menitikberatkan kesejahteraan
tubuh badan sebagaimana Islam menjaga jiwa dan akal. Justeru itu, kita amat
dituntut supaya menjaga kesihatan kerana "sihat" merupakan anugerah berharga
dari Allah swt. Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya kamu mempunyai
tanggungjawab utk menunaikan hak terhadap tubuh badan kamu (hr Bukhari) dan
sabdanya lagi: Orang mukmin yang kuat lebih baik dan disukai oleh Allah daripada
orang mukmin yang lemah (hr Muslim)
Islam juga meletakkan kesihatan dan kesejahteraan di tempat yang pertama
selepas keyakinan (keimanan). Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w: "Mintalah
kepada Allah kesihatan dan kesejahteraan kerana sesungguhnya tidak ada perkara
yang lebih baik dari kesihatan selepas keyakinan (iman) (hr Ibnu Majah). Kita
juga diajarkan oleh Islam untuk menjaga kesihatan dengan cara pencegahan sebelum
ditimpa sebarang penyakit, seperti pepatah Inggeris "Prevention is better than
cure"atau "Mencegah itu lebih baik daripada berubat".
Tetapi, perlu juga diingatkan, di samping kita menjaga anugerah kesihatan
yang diberikanNya kadangkala kita diuji dengan sedikit kesakitan. Rasulullah
s.a.w telah mewasiatkan kepada pesakit-pesakit supaya mereka berubat. Sabda
Baginda s.a.w : "Allah tidak menurunkan suatu penyakit itu kecuali diturunkan
bersamanya ubat". (hr Bukhari)
Di antara perkara yg menunjukkan Islam menggalakkan penganutnya menjaga
kesehatan adalah Rasulullah s.a.w. telah menyenaraikan beberapa jenis ubat yang
boleh digunakan seperti madu, tumbuhan herba, berbekam dab jampi
syar'i...
Perubatan perlu dirujuk kepada mereka yang pakar dalam bidang ini,
berdasarkan hadithnya: "Jika sesuatu urusan itu berkait dengan hal-hal keduniaan
maka kamulah yang mengaturnya dan jika ianya berkait dengan hal-hal keagamaan
maka rujuklah kepadaku". (hr Ahmad dan Muslim)
Wallahua'lam,
Sekian wassalaamu'alaikum wr wb
Rujukan: At-tobib, Adabuhu wa Fiqhhuhu oleh Dr. Zuhair Siba'i dan
Dr.Muhammad 'Ali Bar.