Cari:


Syarikat Kerabat
• Institut Pengajian Tinggi Al-Zuhri
• Pusat Pendidikan Cordova
• Darul Andalus Pte Ltd
Pembukaan
• kata-kata aluan
Servis
• borang-borang
Program Andalus
• nurseri
• pra-sekolah
• kanak-kanak
• remaja
• dewasa
e-Pendidikan
• belajar melalui internet
Muat-Turun (Downloads)
skema pengajaran  
slaid KBM  
kertas soalan LPPI  
contoh kertas
peperiksaan KBK
• contoh tugasan DPI
contoh jawapan DPI
Web Terhad
• untuk staf
Media Andalus
Iklan
Program Integrasi Ilmu
Wadah Integrasi Minda
Wisuda 2009
Pesta Buku 2009

 

 
KELAS BIMBINGAN NURSERI                                                         Pendaftaran Online

PENDAHULUAN
Program ini disusun agar para pelajar membuat persiapan  untuk  memasuki program KBPS. Kurikulum yang disediakan untuk mereka sangat ringan dan mudah agar mereka dapat berjinak-berjinak  dengan ajaran Islam dan menerapkan minat dan cinta pada agama Islam.


MATLAMAT PROGRAM
Matlamat program ini adalah seperti berikut :

  • Mempertingkatkan kemahiran menulis

  • Mengenalkan huruf –huruf Al-Quran

  • Menghafal doa-doa harian dan menjadikannya amalan harian

  • Menghafal surah-surah pilihan

  • Melaksanakan Asas Solat yang mudah

  • Mengetahui asas Bahasa Arab


TEMPOH DAN MASA PENGAJARAN
Program ini dijalankan selama setahun untuk pelajar yang berumur antara 4 dan 5 tahun.  Ia dijalankan seminggu sekali selama 2 jam 15 minit bagi setiap sesi. Matapelajaran diajar dalam beberapa tempoh tertentu sebagaimana di bawah.


MATAPELAJARAN

BIL

MATA PELAJARAN

1

Siri Buku Pendidikan Islam Sepadu  Prasekolah

Jaluran Aqidah dan Akhlak

Jaluran Intelektual dan Jasmani

Jaluran Perhubungan dan Kehidupan

Jaluran Alam Sekitar dan Aktiviti

2

Al-Lughah Al-Arabiyyah li Al-Athfal wal Iqra’ 1 & 2

3

Solat Peringkat Asas


ALIRAN KELAS KBN
Kanak-kanak menghabiskan masa sekurang-kurangnya setahun dalam program KBN sebelum masuk ke program Kelas Bimbingan Pra-Sekolah (KBPS). Seterusnya mereka boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat rendah, Kelas Bimbingan Kanak-Kanak (KBK), semasa berumur 7 tahun.


YURAN

Yuran pendaftaran bagi kursus ini adalah sebanyak $12.00 sahaja yang perlu dibayar sekali sahaja semasa pendaftaran. Manakala yuran bulanan adalah sebanyak $39.00 sebulan.

Lelaman Utama | Link | Site Map