Cari:


Syarikat Kerabat
• Institut Pengajian Tinggi Al-Zuhri
• Pusat Pendidikan Cordova
• Darul Andalus Pte Ltd
Pembukaan
• kata-kata aluan
Servis
• borang-borang
Program Andalus
• nurseri
• pra-sekolah
• kanak-kanak
• remaja
• dewasa
e-Pendidikan
• belajar melalui internet
Muat-Turun (Downloads)
skema pengajaran  
slaid KBM  
kertas soalan LPPI  
contoh kertas
peperiksaan KBK
• contoh kertas
peperiksaan KBM
Web Terhad
• untuk staf
Media Andalus
Iklan
Program Integrasi Ilmu
Wadah Integrasi Minda
Wisuda 2009
Latihan
Latihan WSQ  

 

 
DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM ANDALUS (DPIA)

Diploma Pengajian Islam Andalus (DPIA) ditawarkan sebagai pengajian separuh masa bagi peringkat pos-menengah yang merangkumi pelbagai disiplin agama. Disamping pengajian ilmu-ilmu teras agama seperti pengajian al-Quran, al-Hadith dan al-Syariah, DPI Andalus juga menawarkan beberapa pengajian yang mempunyai aspek aplikasi dan kefahaman berdasarkan kepada keadaan dan kehidupan semasa seperti Tasawwur Islam, Tamadun Islam, Pendidikan Islam dan Sains Islam.


MATLAMAT

DPI Andalus bertujuan memberi peluang kepada lulusan program Kelas Bimbingan Menengah (KBM 4) atau Kelas Bimbingan Remaja Lanjutan (KBRL) di Andalus, Cordova dan lain-lain untuk melanjutkan pengajian Islam  (bukan sepenuh masa) ke peringkat yang lebih tinggi. Dengan ini mereka mendapat peluang untuk mendalami dan meluaskan pemikiran serta kefahaman Islam sejajar dengan keperluan-cabaran semasa. 


SYARAT-SYARAT KEMASUKAN

·         Berusia tidak kurang dari 17 tahun

·         Telah menamatkan dan lulus pengajian Islam secara formal peringkat menengah di institusi pengajian agama seperti madrasah masjid, persatuan Islam atau agensi swasta. (Lembaga Pengurusan berhak mengadakan sesi interviu untuk pemohon pemohon tertentu dan keputusannya adalah muktamad).

·         Pengajian Secara Odit  (Berkala[1])

·         Berusia tidak kurang daripada 17 tahun.
Lembaga Pengurusan boleh melakukan interviu terhadap calon-calon tertentu dan keputusannya adalah muktamad



[1] Pelajar odit mengikuti pengajian secara berkala (part-time) mengikut modul-modul yang diminati.  Mereka akan diberikan sijil penyertaan sahaja dan tidak akan diberikan sijil kelulusan diploma.


TEMPOH DAN MASA PENGAJARAN

Diploma Pengajian Islam Andalus mengamalkan sistem 2 semester dalam tempoh 12 bulan. Setiap semester mengambil masa 6 bulan dan dibahagikan kepada 2 penggal dengan 10 minggu pengajian dalam setiap penggal, diikuti dengan 2 minggu peperiksaan dan 1 minggu cuti setelah tamat penggal pertama.

Semester 1:

Penggal 1                : Jan – Mac (13 minggu)

Minggu Pengajian      : 10 minggu 

Peperiksaan             : 2 minggu

Cuti                        : 1 minggu

Penggal 2                : Apr – Jun (13 minggu)

Minggu Pengajian      : 10 minggu

Peperiksaan             : 2 minggu

Cuti                        : 1 minggu

 

Semester 2:

Penggal 3                : Jul – Sep (13 minggu)

Minggu Pengajian      : 10 minggu

Peperiksaan             : 2 minggu

Cuti                        : 1 minggu    
Penggal 4                : Okt – Dis (13 minggu)

Minggu Pengajian      : 10 minggu

Peperiksaan             : 2 minggu

Cuti                        : 1 minggu

PROGRAM PENGAJIAN

Diploma Pengajian Islam Andalus dilaksanakan secara separuh masa. Pelajar perlu menamatkan 96 jam kredit (32 modul), yang terdiri dari 66 jam kredit (22 modul) Wajib Diploma (WD) dan 30 jam kredit (10 modul) Elektif (EL). Program ini disampaikan dalam tempoh 4 tahun atau 8 semester. Setiap semester mengambil masa 6 bulan dan dibahagikan kepada 2 penggal. Setiap penggal menawarkan 2 modul dalam tempoh masa lebih kurang 3 bulan. Peserta harus menamatkan 32 modul (mendapat 96 jam kredit) dalam tempoh masa yang ditetapkan untuk berjaya dalam pengajian. Disamping itu pengajian ini juga dibuka untuk peserta yang ingin mengikuti pengajian secara odit.


MATAPELAJARAN

Matapelajaran Wajib Diploma ialah:

Kod

Mata Pelajaran

Bahasa Penghantar

Jam

Pertemuan

Jumlah Kredit

WD1013

Aqidah Islam I

Melayu

15

3

WD1023

Aqidah Islam II

Melayu

15

3

WD2013

Usul al-Tafsir

Melayu

15

3

WD2023

Tafsir al-Quran I

Melayu

15

3

WD2033

Tafsir al-Quran II

Melayu

15

3

WD3013

Mustholah al-Hadith

Melayu

15

3

WD4013

Usul Fiqh

Melayu

15

3

WD4023

Qawaid al-Fiqhiyah

Melayu

15

3

WD4033

Sejarah Perundangan Islam

Melayu

15

3

WD4043

Fiqeh Mu’amalat

Melayu

15

3

WD4053

Fiqeh Munakahat & Jinayat

Melayu

15

3

WD4063

Maqasid Syariah

Melayu

15

3

WD5013

Bahasa Arab I

Arab

15

3

WD5023

Bahasa Arab II

Arab

15

3

WD5033

Bahasa Arab III

Arab

15

3

WD6013

Tasawwur Islam I

Melayu

15

3

WD7013

Sejarah & Tamadun Islam I

Melayu

15

3

WD7023

Sejarah & Tamadun Islam II

Melayu

15

3

WD8013

Sejarah Pendidikan Islam I

Melayu

15

3

WD8023

Sejarah Pendidikan Islam II

Melayu

15

3

WD9013

Pengajian Pemikiran Islam di Singapura I

Melayu

15

3

WD1113

Metodologi Kajian

Melayu

15

3

 

 

Jumlah

 

66

Matapelajaran Elektif ialah:

Kod

Mata Pelajaran

Bahasa Penghantar

Jam

Pertemuan

Jumlah Kredit

EL4073

Pengurusan Harta dalam Islam (Faraid)

Melayu

15

3

EL6023

Tasawwur Islam II

Melayu

15

3

EL8023

Sejarah Pendidikan Islam III

Melayu

15

3

EL9023

Pengajian Pemikiran Islam di Singapura II

Melayu

15

3

EL1313

Sains Islam

Melayu/ Inggeris

15

3

EL1413

Pendidikan Nasional dan Pengajian Silang Budaya

Melayu/ Inggeris

15

3

EL1513

Asas Psikologi & Kauseling I

Melayu/ Inggeris

15

3

EL1523

Asas Psikologi & Kauseling II

Melayu/ Inggeris

15

3

EL1613

Fiqh Dakwah I

Melayu

15

3

EL1623

Fiqh Dakwah II

Melayu

15

3

EL1713

Ekonomi Islam

Melayu/ Inggeris

15

3

EL1813

Teknologi Maklumat dalam Islam

Melayu/ Inggeris

15

3

EL1913

Asas Latihan Pedagogi I

Melayu/ Inggeris

15

3

EL1923

Asas Latihan Pedagogi II

Melayu/ Inggeris

15

3

 

 

Jumlah

 

42

 

WD bermakna ‘ Wajib Diploma’ iaitu mata pelajaran wajib untuk peringkat diploma
EL bermakna ‘Elektif’ iaitu mata pelajaran yang boleh dipilih oleh para pelajar

Kursus-kursus Elektif akan ditambah dari masa ke masa mengikut keperluan. Setiap modul di atas ialah selama 5 minggu pengajian.

YURAN PENGAJIAN

Diploma         $ 77 sebulan (bayaran melalui Giro)

Pendaftaran   $ 52 (sekali sahaja)


CAWANGAN DPIA

  1. Bedok Reservoir, Sabtu 2.00-5.00ptg
  2. Bukit Batok 1, Ahad 2.30 – 5.30ptg
  3. Bukit Batok 2, Sabtu 8.30-11.30ptg
  4. Changi (Wisma Indah), Ahad 9.30- 12.30tgh
  5. Jurong West 2 Ahad, 8.30-11.30pg
  6. Tampines 1, Sabtu/Ahad 2.00-5.00ptg & Khamis 6.00 – 9.45 mlm
  7. Woodlands Point, Ahad 2.00-5.00ptg
  8. Yishun Sabtu/Ahad, 2.00-5.00ptg


 

Lelaman Utama | Link | Site Map