Saya terbaca sebuah artikel mengenai seorang pemain biola terkemuka dari Jepun, Shinichi Suzuki yang telah mengeluarkan petikan "Man is a child of his environment"


Saya bersetuju dengan falsafah Shinichi Suzuki yang mengatakan "Man is a child of his environment". Saya melihat alam sekitar sebagai sebuah rumah untuk berteduh dan perlindungan kepada manusia seperti mana seorang kanak-kanak memerlukan perlindungan,tempat bergantung dan bermesra daripada ibu bapa. Manusia sering melakukan kerosakan dan kemusnahan kepada alam sekitar tanpa memikirkan akibat dan natijahnya kepada diri sendiri dan alam sekitar itu sendiri sama seperti seorang kanak-kanak yang bermain tidak kira benda itu berbahaya atau tidak.

Bila mana kita memusnahkan alam sekitar bermaksud kita telah memusnahkan tempat kita menjalankan aktiviti seharian sebagai seorang khalifah Allah. Maka, kita tidak ada tempat bergantung, berlindung dan tidak dapat hidup secara seimbang . Justeru, amat perlu untuk kita yang terlalu kerdil jika dibandingkan dengan alam sekitar untuk sentiasa memelihara alam sekitar daripada kerosakan dan kemusnahan.

Hanya sekadar pandangan sahaja. Wallahualam.

oleh Nur Hidayah