Saya bersetuju dengan artikel yang disiarkan di Berita Harian yang bertarikh 28 May 2008.
Memang betul apa yang dikatakan.Semua haiwan ada habitatnya sendiri,jika pokok-pokok semua ditebang,dimanakah akan haiwan-haiwan akan tinggal?Apakah yang akan mereka makan jika semua pokok-pokok di hutan ditebang.Bukan haiwan sahaja yang memerlukan pokok,malah,kita sebagai manusia juga perlukan pokok.Pokok mengeluarkan oxigen dimana kita memerlukan oxigen untuk hidup.Jika tiada oxigen,bagaimana kita hendak bernafas dengan baik.
Dengan itu,kita harus menyelamatkan haiwan-haiwan sebelum mereka pupus seperti burung Dodo dan Dinasour.Untuk menyelamatkan mereka adalah dengan peliharalah hutan dengan baik dan janganlah menebang kesemuanya untuk kepentingan manusia.Jika semua haiwan pupus,dan pokok-pokok semua musnah dan pupus,maka,persoalan yang mungkin timbul adalah,apakah yang akan kita makan.
Ini kerana,buah-buahan dan sayur-sayuran semua kita dapatkan di pokok-pokok yang ditanam.Jika pokok-pokok ditebang,kita hanya dapat makan makanan-makanan laut seperti ikan,udang dan sebagainya.Maka dengan itu,dari mana kita hendak dapatkan vitamin untuk kesihatan kita jika tiada lagi buah-buahan dan sayur-sayuran,akibat kepupusan.
Selain itu,kita perlulah mengitar semula barang-barang yang boleh dikitar semula dan janganlah dibiarkan barang-barang yang boleh dikitar semula dibakar,dan ia akan menyebabkan pencemaran udara.Jika udara sudah tercemar,dari mana kita hendak menghirup udara yang segar.
Akhir sekali,memang dunia ini sudah berada di ambang kehancuran.Saya ingin memohon maaf banyak-banyak jika pandangan saya ini menyinggung mana-mana pihak.
oleh Siti Halijah