Manual E-Pendidikan

 

Maklumat mengenai E-Pendidikan (FAQs)

Lelaman ini bertujuan untuk menjawab segala pertanyaan yang kerap diajukan perihal E-Pendidikan. Moga-moga anda mendapat penjelasan bagi setiap kemusykilan mengenai E-Pendidikan. 

(Sila ajukan pertanyaan baru kepada itsupport@andalus.com.sg )

 
Apakah E-pendidikan?

E-Pendidikan ialah kaedah belajar melalui media elektronik atau melalui internet. Ia amat sesuai dengan perubahan terkini yang menggalakkan kita memanfaatkan teknologi maklumat. 

Apakah matlamat E-Pendidikan?

E-pendidikan membolehkan pendidikan agama yang tidak terhad kepada bilik darjah sahaja. Ia boleh dilakukan di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja. Ini bermakna pelajar boleh membaca teks dan membuat latihan e-pendidikan di sebarang tempat yang sesuai seperti di rumah, sekolah, perpustakaan atau lain-lain tempat yang mempunyai komputer dan internet. Ia boleh digunakan pada bila-bila masa yang sesuai bagi pengguna tersebut.

Siapakah yang akan menggunakan E-Pendidikan?

E-Pendidikan adalah untuk pelajar-pelajar di Andalus untuk peringkat Kelas Bimbingan Kanak-Kanak (KBK 1-6) dan Kelas Bimbingan Remaja (KBR). Setiap pelajar KBK dan KBR diwajibkan menggunakan E-Pendidikan dan melakukan tugasan-tugasan mengikut peringkat masing-masing.

Teks dan latihan boleh dibaca dan dilakukan oleh pelajar dan dibincang bersama ibu-bapa atau kaum keluarga lain (datuk-nenek, abang, kakak ,dll). Ini akan menggalakkan penglibatan ibu-bapa dan waris dalam pendidikan anak-anak dan tidak diserahkan bulat-bulat kepada asatizah.

Bagaimana ia relevan dan bersepadu dengan pengajian di Andalus?

E-pendidikan bertujuan menguji dan mengukuhkan kefahaman pelajar. Selain daripada belajar di pusat pengajian, pelajar boleh menguji kefahaman sendiri sehingga benar-benar faham sesuatu tajuk (mastery learning). Mereka akan diberi gred di buku rekod pelajar bagi markah-markah yang telah mereka perolehi dari tugasan yang telah diselesaikan di e-pendidikan ini.

Tugasan dan Penilaian

Untuk setiap unit akan terdapat tugasan yang mengandungi 10 soalan objektif (multiple choice questions). Pelajar akan mendapat 10 markah untuk satu unit jika berjaya menjawab semua soalan dengan tepat. Jika tidak berjaya mereka boleh mencuba lagi. Pada akhir tahun, markah untuk e-pendidikan akan disertakan dalam rekod pelajar berdasarkan jumlah latihan yang telah dilakukan. Pelajar juga boleh melakukan tugasan bersama rakan-rakan atau kaum keluarga.   

Berapakah bayaran untuk E-Pendidikan?

Bayaran untuk E-Pendidikan ialah sebanyak $10 setahun sahaja. Bayaran ini biasanya telah dibuat semasa  pembelian buku teks dan latihan.  

Bagaimana saya mula gunakan E-Pendidikan?

Setiap pengguna yang sudah mendaftar akan diberikan kata pengguna laluan (user ID) dan kata laluan (password). Dengan 2 maklumat ini, pengguna boleh memasuki portal e-pendidikan dan membaca teks dan melakukan latihan.

Bagaimana jikalau saya tidak ada computer dan sambungan internet di rumah?

Anda boleh gunakan kemudahan di salah sebuah perpustakaan atau balai rakyat untuk masuk ke portal e-pendidikan. Anda juga boleh berbincang dengan guru anda untuk mendapatkan masa sesuai di mana anda boleh lakukan e-pendidikan di cawangan.

Bagaimana saya boleh ikuti pengajian di E-Pendidikan?

Sila ambil langkah-langkah menggunakan E-Pendidikan seperti berikut;

  1. Masuk ke portal E-Pendidikan menggunakan kata nama dan kata laluan yang diberikan.
  2. Pilih peringkat, modul dan unit kursus 
  3. Baca teks dengan baik dan fahaminya
  4. Buat latihan berbilang pilihan (Multiple Choice Question) yang terdapat di akhir setiap unit
  5. Jika anda mendapat semua jawapan betul, maka anda akan  mendapat 1 kredit.
    Jika anda telah memberi jawapan salah bagi sesetengah soalan, anda akan dikehendaki melakukan hanya soalan yang dijawab dengan salah.
  6. Hanya soalan yang dijawab dengan salah akan dipaparkan sekali lagi.
Bila E-Pendidikan dimulakan?

Ia dimulakan pada bulan Jun 2004.

Kenapa e-pendidikan harus bermula pada bulan Mac sedangkan kelas sudah berjalan buat beberapa bulan?

Ini adalah disebabkan beberapa perkara teknikal yang harus dilaksanakan oleh Jabatan IT Andalus sebelum membenarkan e-pendidikan ini digunakan oleh para pelajar. (sila klik lelaman berikut untuk mendapatkan keterangan lanjut E-Pendidikan Manual )

Adakah e-pendidikan ini mendapat sokongan dari ramai para pelajar dan waris?

Setelah hampir lima tahun E-Pendidikan dibuka kepada para pelajar, ia telah menerima sokongan yang amat menggalakkan. Kami percaya E-Pendidikan akan terus berkembang pada masa hadapan.

 

Copyright 2009. Andalus Corporation Pte Ltd
Design by Interspire