Pendidikan harus berlaku di mana sahaja. Dalam era teknologi maklumat dan pelbagai peralatan yang sungguh canggih, proses pengajaran dan penyampaian maklumat kini boleh dilakukan melalui internet atau e-pendidikan (e-learning). Tetapi peranan guru dalam mendidik tetap penting dan tidak harus diabaikan. Pengajian yang terbaik masakini harus berpandukan kepada guru disamping memanfaatkan pelbagai teknologi pendidikan. Ibu bapa juga dapat memainkan peranan yang lebih efektif dalam mendidikan anak-anak dengan menggunakan e-pendidikan ini di rumah masing-masing.
Semoga pengalaman e-pendidikan ini akan meningkatkan rasa seronok dan gembira untuk menuntut ilmu. Proses e-pendidikan ini adalah baru bagi kami dan sudah tentu terdapat peningkatan dari masa ke masa. Jika anda mempunyai sebarang saranan, sila beritahu kami. Terima Kasih. Wassalam Wr Wb