Pengenalan
Diploma Pengajian Islam Andalus (DPIA) ditawarkan sebagai pengajian separuh masa bagi peringkat pos-menengah yang merangkumi pelbagai disiplin agama. Disamping pengajian ilmu-ilmu teras agama seperti pengajian al-Qur’an, al-Hadith dan al-Syariah, DPI Andalus juga menawarkan beberapa pengajian yang mempunyai aspek aplikasi dan kefahaman berdasarkan kepada keadaan dan kehidupan semasa seperti Tasawwur Islam, Tamadun Islam, Pendidikan Islam dan Sains Islam.
DPI Andalus bertujuan memberi peluang kepada lulusan program Kelas Bimbingan Menengah (KBM 4) atau Kelas Bimbingan Remaja Lanjutan (KBRL) di Andalus, Cordova dan lain-lain untuk melanjutkan pengajian Islam (bukan sepenuh masa) ke peringkat yang lebih tinggi. Dengan ini mereka mendapat peluang untuk mendalami dan meluaskan pemikiran serta kefahaman Islam sejajar dengan keperluan-cabaran semasa.
Visi
Muslim yang berilmu dan bertaqwa berteraskan al-Quran dan al-Sunnah.
Kembali ke atas 
Misi
Menyediakan pendidikan Islam dengan kesungguhan, kesabaran dan keikhlasan dalam melahirkan Muslim yang berilmu dan bertaqwa berteraskan al-Quran dan al-Sunnah.
Kembali ke atas 
Objektif
Objektif dan matlamat kami adalah untuk melahirkan individu-individu yang mempunyai ciri-ciri berikut:
Menunaikan hak-hak Islam dan berhemah tinggi
Kembali ke atas 
NILAI
Kami percaya bahawa setiap warga kerja Andalus mampu dan ingin menyumbang secara berkesan kepada kerjayaan organisasi. Sehubungan dengan ini, dalam semua urusan, kami menghayati ciri-ciri berikut :
Kami komited untuk menjalin hubungan baik dengan semua waris dan para pelajar sebagai rakan-rakan sepanjang hayat. Kami menghormati setiap dari mereka sebagai individu yang penting dan mempunyai keperluan tersendiri.
Kami berusaha mewujudkan suasana kerjaya yang membuka peluang kepada setiap warga kerja kami untuk mengoptimumkan potensi diri.
Kami yakin dengan budaya kerja secara berkumpulan dengan semangat bergotong royong. Kami menghargai segala sumbangan dari setiap warga kerja, waris dan pelajar.
Kami beriltizam untuk terus mempertingkatkan perkhidmatan kami dari pelbagai segi secara berterusan. Kami akan memastikan sebarang bayaran yang dikenakan adalah wajar dan berpatutan.
Kembali ke atas 
Cara Kami
Andalus adalah sebuah institusi pengajian swasta yang menyediakan pengajian Islam berteraskan kepada ajaran al-Quran, Al-Sunnah dan bimbingan para ulama muktabar sejak berzaman.
Andalus berpegang kepada aqidah Ahl al-Sunnah wa al-Jemaah dan mengikut mazhab Imam Syafeei. Walaubagaimanapun, pengajian diploma Andalus akan membuka peluang kepada pengajian dan perbahasan ajaran-ajaran yang berbeza dengan aqidah dan mazhab yang disebutkan di atas.
Andalus berpendirian bahawa pensyarah di institusi ini harus ikhlas, jujur dan beriltizam penuh dalam usaha menyampaikan ilmu kepada para pelajar. Mereka harus menjadi contoh yang baik kepada pelajar dari segi budi pekerti dan budaya ilmu. Pensyarah juga tidak dibenarkan mempengaruhi atau memaksa para pelajar dengan pemikiran dan amalan yang berbeza dengan aqidah dan mazhab yang dipegang oleh institusi ini.
Andalus sedar bahawa pengajian Islam harus peka kepada konteks Singapura sebagai sebuah negara sekular dan masyarakat berbilang bangsa, bahasa, budaya dan agama. Kesejahteraan masyarakat dan kemakmuran negara harus diberi perhatian sewajarnya.
Andalus berpendirian bahawa individu Muslim yang soleh dapat memberikan sumbangan yang baik kepada masyarakat dan negara.
Kembali ke atas 
Hubungi Kami
Changi / Ibu Pejabat
No. 448 Changi Road,
#04-06,
Wisma Indah
Singapore 419975
Tel : 64406343
Fax: 62944217
|
Yishun
Blk 102, Yishun Ave 5,
#02-107,
Singapore 760102,
Tel:67560017
Fax:67560417 |
Marsiling
Blk 306A, Woodlands St 31,
#04-01,
Singapore 731306
Tel : 63634613
Fax: 63632091 |
Woodlands
Blk 268 Woodlands Centre Rd,
Woodlands Point #04-04/05
Singapore 731938
Tel: 63650642
Fax: 62698560 |
Bukit Batok
Blk 153 Bukit Batok St.11
#04-286,
Singapore 650153
Tel: 65697391
Fax: 65615871 |
Bukit Batok 2
Blk 276 Bukit Batok East Ave 4
#02-110,
Singapore 650276
Tel: 65678981
Fax: 65677713 |
Choa Chu Kang
Blk 220, Choa Chu Kang Central,
#B1-266,
Singapore 680220,
Tel:67635360
Fax:67636518 |
Jurong West 1
Blk 503, Jurong West Ave 1,
#04-853,
Singapore 640503,
Tel:68961380
Fax:65630327 |
Jurong West 2
Blk 962, Jurong West St 91,
#03-302,
Singapore 640962,
Tel:67947870
Fax:67947871 |
Jurong West 3
Blk 153, Yung Ho Road,
#B1-35,
Singapore 610153,
Tel:62650586
Fax:67947871 |
Tampines 1
Blk 201-D, Tampines St 21,
#04-1155,
Singapore 524201,
Tel:67847594
Fax:67862160 |
Tampines 2
Blk 361, Tampines St 34,
#01-401,
Singapore 520361
Tel : 67848769
Fax: 67848768 |
Teck Whye
Blk 140 Teck Why Lane,
#02-361
Singapore 680140
Tel : 67600612
Fax: 67600613 |
Bedok Reservoir
Blk 660 Jalan Tenaga,
#01-134
Singapore 410660
Tel : 67480270
Fax: 67484450 |
Admiralty
Blk 678A, Woodlands Ave 6,
#03-06,
Singapore 731678,
Tel:67601033
Fax:67601381 |
Kembali ke atas 
|