Diploma Pengajian Islam Andalus (DPIA) ditawarkan sebagai pengajian separuh masa bagi peringkat pos-menengah yang merangkumi pelbagai disiplin agama. Disamping pengajian ilmu-ilmu teras agama seperti pengajian al-Quran, al-Hadith dan al-Syariah, DPI Andalus juga menawarkan beberapa pengajian yang mempunyai aspek aplikasi dan kefahaman berdasarkan kepada keadaan dan kehidupan semasa seperti Tasawwur Islam, Tamadun Islam, Pendidikan Islam dan Sains Islam.
DPI Andalus bertujuan memberi peluang kepada lulusan program Kelas Bimbingan Menengah (KBM 4) atau Kelas Bimbingan Remaja Lanjutan (KBRL) di Andalus, Cordova dan lain-lain untuk melanjutkan pengajian Islam (bukan sepenuh masa) ke peringkat yang lebih tinggi. Dengan ini mereka mendapat peluang untuk mendalami dan meluaskan pemikiran serta kefahaman Islam sejajar dengan keperluan-cabaran semasa.
Kelas Bimbingan Dewasa (KBD) adalah pengajian Islam separuh masa yang menawarkan modul-modul asas untuk memenuhi keperluan mereka yang tidak berpeluang melalui pembelajaran agama secara formal. Program ini menekankan aspek kefahaman dan penghayatan yang dapat diaplikasikan dalam kehidupan......
Program Pra Diploma Andalus (PPI) adalah pengajian Islam separuh masa bagi peringkat asas yang merangkumi pelbagai disiplin ilmu-ilmu teras Agama. PPI menawarkan sistem pengajian yang menekankan aspek aplikasi dan kefahaman berdasarkan keadaan dan kehidupan semasa......