Cari:


Syarikat Kerabat
• Institut Pengajian Tinggi Al-Zuhri
• Pusat Pendidikan Cordova
• Darul Andalus Pte Ltd
Pembukaan
• kata-kata aluan
Servis
• borang-borang
Program Andalus
• nurseri
• pra-sekolah
• kanak-kanak
• remaja
• dewasa
e-Pendidikan
• belajar melalui internet
Muat-Turun (Downloads)
skema pengajaran  
slaid KBM  
kertas soalan LPPI  
contoh kertas
peperiksaan KBK
• contoh kertas
peperiksaan KBM
Web Terhad
• untuk staf
Media Andalus
Iklan
Program Integrasi Ilmu
Wadah Integrasi Minda
Wisuda 2009
Pesta Buku 2009
 

 
 

Falsafah Pendidikan Andalus

Falsafah pendidikan Andalus terkandung di dalam misi dan visinya. Visi Andalus ialah Muslim yang bertaqwa berteraskan Al-Quran dan Al-Sunnah. Manakala misinya adalah menyediakan pendidikan Islam dengan kesungguhan, kesabaran dan keikhlasan dalam melahirkan Muslim yang berilmu dan bertaqwa berteraskan Al-Quran dan Al-Sunnah.

Matlamat Pendidikan Andalus

Matlamat pendidikan Andalus pula adalah melahirkan individu-individu yang 
mempunyai ciri-ciri berikut:

Mempunyai kefahaman mengenai Islam dan mencontohi akhlak mithali

Merealisasikan semua ajaran Islam dan menghayati sunnah dalam kehidupan

Menunaikan hak-hak Islam dan berhemah tinggi

Mendidik anak-anak cara Islam

 
 

Model Kurikulum Andalus

Model kurikulum Andalus harus memberi perhatian kepada 4 perkara iaitu, (1) objektif-objektif kurikulum, (2) jenis kandungan yang akan digunakan (3) pengalaman-pengalaman pembelajaran yang harus disediakan dan (4) bagaimanakah hasilnya harus 
dinilai.

 

Objektif-objektif Kurikulum Andalus

Antara objektif-objektif utama kurikulum Andalus ialah:

  • Ia bertujuan memberi pengetahuan dan kefahaman yang mencukupi mengenai ilmu-ilmu teras agama Islam agar para pelajar dapat memahaminya dengan sempurna. Ia mengikut kadar umur dan kebolehan mereka supaya mereka boleh menghayati dan mengamalkan ugama Islam dengan sebaik mungkin.

  • Ia menekankan aspek ta’lim (proses menimba ilmu) ta’dib (beradab dengan Allah, Rasul dan hubungan dengan sekalian makhluk/sistem kehidupan) dan tarbiyyah (latihan kerohanian, intelek dan jasmani).

  • Ia berhasrat membentuk insan yang berilmu dan berfikiran secara logis, analitis, kreatif, inovatif berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah.

  • Ia berhasrat menghasilkan peribadi yang seimbang dari segi rohani, intelek dan jasmani agar menjadi muslim yang soleh dan muslih.

  • Ia bertujuan memperkembangkan potensi dan bakat serta keupayaan setiap individu khususnya dalam pendidikan, penghayatan cara hidup dan menegakkan syiar Islam.

  • Ia berhasrat melahirkan insan yang berakhlak mulia, progresif dan berketrampilan agar dapat menyumbang kepada agama, bangsa dan negara.

  • Ia menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran yang membolehkan suasana pembelajaran maksimum tercapai.

 


 

Lelaman Utama | Link | Site Map